Tuesday 28 January 2014

Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014

Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014

Jom join segmen ni.. semua peserta akan masuk bloglist Ina Sazali sepanjang tahun 2014.
Syarat-syaratnya mudah jeee^^.. jomm..jommm...klik banner ye :)

Flat Tummy Water


Jom kita riki-riki apa ada disebalik bahan-bahan utamanya :

Halia
- Membuang angin, melegakan loya, membantu masalah penghadaman, melancarkan peredaran darah, membantu masalah arthritis dan menurunkan berat badan.Baca lebih-lebih kat sini

Timun
- Menghidratkan tubuh, menyingkirkan toksin, membekalkan mineral, membantu penghadaman , menurunkan berat badan, melawan suhu panas. Usha lebih kat rakan blogger QV

Lemon
- Melancarkan pencernaan, membersihkan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan, meningkatkan  antibodi, menyegarkan nafas, membantu meringankan sakit gigi dan radang gusi, membantu menurunkan berat badan. Boleh baca lagi disini

Daun Pudina
- Membantu sistem penghadaman, menyegarkan nafas, membantu mencairkan kahak, ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan anti virus, merangsang pengeluaran peluh, membantu menghilangkan loya, kejutan dan mempertingkatkan kosentrasi. Lagi info kat sini

Selamat mencuba!^^

Monday 27 January 2014

Pilih Kasih

Hati anak yang mana tak remuk bila ayah buat tak endah padanya? Bala apa yang dia bawa sehingga ayah sendiri menidakkan kehadirannya dalam keluarga, bukan pintanya untuk lahir kedunia... Itu antara cetusan hati dari seorang lelaki yang kini sudah pun berusia lebih 50 tahun, mata yang basah membayangkan betapa hancurnya hati seorang anak. Membuktikan, lama manapun satu kenangan silam, ia akan kekal bersemadi dalam ingatan.

Kenapa ayah begitu? Satu pertanyaan yang tidak mungkin mampu mendapat jawaban apatah lagi ayahnya itu sudah beberapa tahun meninggal dunia, walaupun semasa hayatnya, ingin sekali beliau tanyakan namun sebagai anak, beliau tidak terluah akan pertanyaan itu. Mungkin juga malu, rasa tak sopan, takut menyinggung perasaan, rendah diri atau tidak sanggup mendengar jawapan? Namun yang pasti, rasa hormat pada seorang ayah masih ada walaupun diperlakukan sebegitu gaya.

"Dulu, ayah pakcik bekerja di Singapura, dua minggu atau sebulan sekali beliau akan balik dan setiapkali balik, beliau pasti membawa buah-tangan, hanya untuk abang pakcik, biasanya baju atau seluar. Masa ayah pakcik pakaikan pada abang pakcik, pakcik menyelit dibelakang pintu sambil melihat, memang rasa sedih dan jauh hati sangat-sangat. Kadang-kadang, kalau ayah pakcik nampak, dia marah, apa tengok-tengok ni? pergi..! pergi...!.." rasa simpati begitu mendalam dalam hati.

Alhamdulillah, pakcik tersebut tidak berdendam dengan ayahnya, menganggap sebagai takdir namun akibat dari keadaan itu, hubungan beliau dengan keluarga terutama ayah dan abangnya, amat renggang sampailah sekarang ini. Siapa yang harus disalahkan?

Secara peribadi,  langsung tidak terfikir untuk melakukan perkara sedemikian pada anak-anak. Anak adalah anugerah Allah, lahir dari darah-daging kita sendiri. Masing-masing lahir dengan kelebihan dan kekurangan. Disetiap kelebihan pasti terselit kekurangan dan dalam setiap kekurangan pasti ada kelebihan.

Hindarkanlah sikap pilih kasih antara anak-anak. Layanan kita akan meninggalkan kesan kejiwaan yang besar pada mereka.. Kasih yang kita beri, in shaa Allah kasih juga yang akan kita dapat. Mudah-mudahan dalam zaman serba maju sekarang ini, mentaliti kita juga semakin tinggi, bukan hanya pada material juga pada spiritual.

Wednesday 22 January 2014

Rabu yang bisu # 14



Friday 17 January 2014

Aku diet!

Rakan A: "Awak nak makan ape?"

Rakan B: "Tak nak ape la.. Aku tengah diet"

Rakan A: "betul kau tak nak makan ni?"

Rakan b: "Ikss.. kau ni.. support la sikit aku tengah diet ni, semalam aku dah makan banyak la!"

Apa yang kita faham dari perbualan diatas adalah, "bila kita tak makan, kita akan kurus".. Istilah "Aku diet" bermaksud "Tak makan/menahan lapar" bagi ramai orang. Bila tak makan, kita akan kurangkan berat badan dan seterusnya kurus, tapi benarkah itu adalah maksud sebenar DIET?


Diet bukanlah bermaksud tidak makan atau menahan lapar, ia adalah pilihan sesuatu hidangan, yang seimbang, sesuai dengan keinginan untuk mencapai sesuatu target, meningkatkan dan seterusnya mampu memperbaiki kesihatan seseorang. Contohnya: Diet rendah gula adalah sesuai untuk pesakit diabetes. Diet tersebut mampu untuk mengawal dan mencegah pesakit yang mengalami diabetes dari bertambah teruk.

Kita perlu makan untuk kelangsungan aktiviti seharian. Bila kita skip makan, sampai masa yang sepatutnya kita makan, badan kita mengeluarkan asid yang diperlukan untuk penghadaman dan sekiranya tiada makanan untuk dihadamkan, asid itu akan menghakis dinding usus dan merosakkannya.


Doktor selalu menyarankan kita untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang ideal. Ia lebih dari sekadar nak kurus dan cantik. Berat badan yang berlebihan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit. Diet yang seimbang mampu mengekalkan kecergasan dan kesihatan.





4 Tips untuk mendapat kesihatan yang optima
1. Pemakanan - Makanan yang seimbang
2. Senaman - Mengamalkan senaman, paling kurang     seminggu sekali.
3. Rehat - Mendapat rehat/tidur yang mencukupi
4. Sikap Mental - Cara kita mengendalikan masalah/gossip sekeliling.

Sumber photo : Google Images

Wednesday 15 January 2014

Banjir...banjir...

Banjir terjadi didaerah Nurul, biar jauh beribu batu namun dekat di Wassap ^^... Perkembangan terkini 15/01/2014... Banjir berlaku dari sungai Kiulu-Tamparuli disebabkan hujan lebat tidak berhenti-henti sejak beberapa hari. Ini juga menyebabkan bekalan elektrik terputus di kampung Nurul.. Nurul rasa-rasa, kemungkinan besar ada pokok tumbang.. kejadian seperti ini biasa berlaku sebab kampung Nurul kan masih kaya dengan flora dan fauna..

Rasa kasihan bila teringat makcik yang tinggal di lembah, lebih tepat lagi, berumah ditepi sawah, setiapkali hujan dua-tiga hari tak berhenti, mesti rumahnya dimasuki air, dari sungai, parit, sawah padi.. memang jenuh nak bersihkan balik. Ada ketika tengah-tengah malam kedengaran suara meminta tolong untuk mengangkat barang-barang ke tempat lebih tinggi. Nasib baiklah rumah Nurul di lereng bukit.. Makcik tu duduk di lembah yang dikelilingi oleh bukit. 

Pada zaman Sabah semakin maju, disesetengah tempat keadaan seperti ini masih berterusan. Semoga mereka yang berkenaan lebih peka pada keadaan-keadaan ini.





Rumah makcik kena banjir... urmmm :(




Sumber Wikipedia : 
Tamparuli is a small town and a sub-district of Tuaran on the west coast of SabahMalaysia. It is populated mainly by native Dusuns, while a sizeable Chinese community runs most of the shops in the town proper. As with many other small towns in Sabah and indeed Malaysia as a whole, the town itself consists of both newer concrete shoplots as well as old wooden ones, which are particularly prone to destruction by fire as evidenced in the destruction of one of the wooden shoplots in recent years.

Shops in Tamparuli town.
The most famous landmark in Tamparuli is a long hanging bridge, which is immortalised in the song Jambatan Tamparuli, a popular Kadazandusun song. Another bridge, built for motor traffic, spans the river far below the hanging bridge and is frequently flooded during heavy rain.
Tamparuli is located just off the Kota Kinabalu - Sandakan road, making it a popular stop for a snack or meal for travellers taking this route from the direction of Kota Kinabalu. The town is also a convenient stop en route to the town of Kiulu, a popular whitewater rafting destination for domestic and foreign tourists alike.

Tourist Attraction
The 'Upside Down House' or Rumah Terbalik is a popular tourist attraction located in the town. It is the only structure of such type known to exist in Malaysia so far and a guided tour is available for visitors at daytime.






Monday 13 January 2014

Mulberi

Dengan bangganya.. cewahh.. riak la pulok Nurul ni.. haha.. bukan apalah, gumbira tak terkata bila pokok Mulberi berbuah. Alkisah, benihnya dapat dari kawan yang jauh nun duk di Kuala Lumpur sana. Benih dikirim menggunakan perkhidmatan pos laju, keratan pokok dimasukkan dalam bekas shuttlecock.. kreatif juga sahabat ni... Terimakasih banyak2 ^^
   
Banyak khasiat dari pokok, daun, akar dan buah mulberi ni, kalau nak diterangkan memang panjang lagi lebar ceritanya... antaranya, daun dibuat teh untuk mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kolestrol dalam darah, anemia dan kebas kaki dan tangan.
Kalau nak tahu lebih lagi tentang kebaikan dan khasiatnya bole surf disini
Penjagaan pokok ni memang amat mudah, tak perlu penjagaan rapi.. keratan pokok sepanjang 5~6" pastuh cucukkan ke pasu atau polisterin atau terus ke tanah, serong ataupun menegak, tak kisah, awal dalam masa 3 hari kene rajin siram supaya cepat bertunas, selepas tu cukup dengan air hujan. Untuk detail boleh surf sini
Mulberi yang warna hitam tu dah cukup masak, rasanya manis, yang merah tu pula rasa masam-masam manis... kalau dah banyak sangat boleh juga dibuat jem.. resipi bole dapat disini
kalau tengok dekat-dekat macam buah sawit pun ada kan? :D  

Friday 10 January 2014

Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..

Salam.. Morning uolls..

Apa khabar? pagi-pagi Jumaat ni buka je G+ nampak share dari +Dzureen Darwis.. segmen dari Abak
NAK JOIN JUGAKKK! :D

lorong-cinta.blogspot.com

Jom kita sama-sama support segmen rakan blogger. 
Klik-klik banner atas ea ^^

Wednesday 8 January 2014

Rabu yang bisu # 13

 











Friday 3 January 2014

Inspirational words # 1






Thursday 2 January 2014

Angin Ahmar/Stroke.. bersediakah kita menghadapinya?

MIL baru balik malam tadi dari menziarahi adiknya di salah satu hospital di bandar Singa selepas 2 hari disana. Pagi-pagi semasa nak bertolak gi kerja sempat MIL berkongsi cerita dan meluahkan kebimbangan terhadap adik bongsunya itu.

"Kaki sebelah kanan tak dapat digerakkan, termasuk lengan dan mulut sedikit herot ke tepi.. bubur yang anaknya suapkan pun dimuntahkan sebab batuk, masa awal-awal kena stroke busu langsung tidak mengenali sesiapa termasuklah suami dan anak-anaknya sendiri," ujar beliau dengan sedih.

Selalu juga Nurul mendengar citer stroke ni tapi tidak ambil pusing sangat, sampailah bila terkena kepada ahli keluarga barulah membuka mata besar sikit.... *sikap tak baik ni, jangan ditiru.

Stroke terjadi akibat bekalan darah ke otak terganggu. Otak memerlukan bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrien yang berterusan untuk berfungsi. Ada 2 jenis stroke, Stroke Iskemik berlaku apabila darah beku terbentuk di arteri utama dan menyekat bekalan darah ke otak. Stroke Iskemik boleh terjadi akibat pengumpulan kolestrol atau puing lain dalam arteri yang sekian lamanya. Stroke Hemoragik pula terjadi apabila salur darah dalam otak pecah menyebabkan pendarahan

Ketiadaan/kekurangan bekalan darah ke otak menyebabkan bahagian otak akan mula mati. Dalam keadaan inilah Stroke terjadi! Otak adalah organ kompleks yang sangat hebat yang mengawal fungsi dan keupayaan tubuh, oleh itu, kerosakan otak bakal menjejaskan semua aktiviti seseorang, kemampuan derianya, sebelah tubuh mungkin lumpuh, corak pemikiran, pertuturan dan daya ingatan tapi kesannya adalah pelbagai bergantung kepada betapa teruknya otak rosak dan bahagian dimana di otak stroke itu berlaku.


Pertubuhan Stroke Sedunia(WSO) menggariskan enam langkah mudah yang harus diamalkan:
1. Mengetahui factor risiko sendiri mengenai tekanan darah, kencing manis dan keadaan kolesterol.
2. Aktif secara fizikal dan kerap melakukan senaman.
3. Tangani masalah berat badan menerusi cara pemakanan yang sihat.
4. Kurangkan pengambilan alkohol.
5. Elakkan daripada merokok atau menghidu asap rokok orang lain.
6. Mengenali tanda amaran strok dan bagaimana bertindak menanganinya.


Jom kenali tanda awal amaran stroke, semoga kita mampu bertindak segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, mengelakkan stroke yang mendatang atau mengurangkan kesannya.
Rasa lemah atau kebas mengejut sebelah badan. Tanda-tandanya mungkin muka yang meluyut dan air liur meleleh, rasa lemah pada lengan atau kaki. Kekaburan penglihatan, kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, pening, kehilangan imbangan, kekeliruan, rasa mual atau muntah.


Posting ni Nurul tulis selepas membaca, merujuk dan membuat perbandingan pada sumber-sumber yang ada di internet. Nurul cuba menggunakan bahasa ringkas yang mudah difahami. Semoga beroleh sedikit manfaat. Jika ada kesalahan info, tolonglah ditegur ye :)

Wednesday 1 January 2014

Rabu yang bisu # 12