Monday 30 November 2015

Mari belajar Bahasa Kadazan Dusun - Nama Serangga


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum... 

Nurul dapat ni dari whatsapp beberapa ketika dulu tapi Nurul simpan dalam HP je.. walaupun Nurul ni berbangsa Kadazan Dusun tapi jarang sangat mendengar nama-nama serangga dibawah ni digunakan.

Ramai kalangan orang-orang tua dikampung Nurul yang lebih selesa berbahasa melayu Sabah, mungkin sebab ramai yang sudah tidak fasih menggunakan bahasa ibunda ni, termasuk la Nurul..uhuksss.. Nurul tidak dibesarkan dengan bahasa Kadazan Dusun.. terasa betapa ruginya.. jeles bila mendengar kawan-kawan bertutur dengan fasih sekali terutama bila terdengar kanak-kanak kecil menggunakan bahasa tu.. comel sangattt.. 

Menyedari keadaan inilah yang mungkin menyebabkan Kerajaan Sabah memasukkan Bahasa Kadazan sebagai salah satu mata pelajaran disekolah. Alhamdulillah.. semoga langkah yang diambil ini akan memartabatkan kembali penggunaan Bahasa Kadazan ini dikalangan generasi muda Kadazan Dusun Sabah.


Mari kita belajar sedikit nama-nama serangga dalam bahasa Kadazan Dusun...


Mari belajar Bahasa Kadazan Dusun - Nama Serangga

kredit : SIGU LES
fb : See Go Dusun Les

Nurul pun baru ni terjah fb Sigu Les ni.. usaha yang murni.. moga beliau sentiasa diberi semangat untuk meneruskan usaha ini.. In shaa Allah.

Fatamorgana ~ Hijjaz


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Jangan terlalu angkuh untuk mengucapkan 3 hal, "Terimakasih, Maaf dan Tolong" .. 
Hidup bukan hanya dengan kata-kata semangat tapi dengan tindakan yang nyata dan pengorbanan..

----*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---*---


Pulanglah kepada tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

(Korus)

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia 
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia 
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi 


Deras arus dunia menghayutkan yang terleka 
Indah Fatamorgana melalaikan menipu daya 
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari



Begitu indah dunia siapapun kan tergoda
Harta, pangkat, dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai 
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi 
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan 
Keimanan, ketakwaan kepadaNya senjata utama 

(Ulang dari Korus) 

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati 
Yakinkan janji Tuhan Syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba 
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba 
Hidup akhirat kita kekal bahagia


Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia 
Ahkirat kekal selamanya pada Allah

Allah

Fatamorgana ~ Hijjaz

Lagu & Lirik : Kamal Halim


Thursday 5 November 2015

Jaxon – Jenama Online Popular untuk Lelaki

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Salam Khamis evribodi!!

Hari ni mari kita bergebang pasal satu barang bagusss punya.. jenama JAXON online, lor ni menjadi jenama Online Popular untuk Lelaki..  mana nak dapat?? Aisehh...tak menyabo la plaksss.. hehe.. klik je la link atas tu (Jaxon Online) .. Jemputlah cuci-cuci mata tapi kalau terrrrbeli jangan salahkan hakak hokayy.. hahaa...  cuci mata atas responsible sendrik!  manatau ade nak bagi hadiah kat somebody atau berbody-body pun takpe..  ZALORA lagiii sukaa! Heheee.. yang lain jom sambung gebang...


Pada yang belum berkenalan lagi dengan barangan jenama JAXON ni.. jom, Nurul intro kan skit..

Jaxon – Jenama Online Popular untuk Lelaki


Jenama Jaxon ni bukanlah asing bagi mereka yang suka shopping online, especially, yang selalu menerjah laman ZALORA, pasti perasan pada koleksi pakaian lelaki JAXON yang bukan saja kelihatan stylo, tapi juga in-trend dengan rekaan fesyen semasa dan lebih mengujakan lagi…  tawaran harga yang tersangatlah berpatutan!

Cakap lebih tak guna.. ce Intai skit.. heee


 Jaxon – Jenama Online Popular untuk Lelaki


Sikit jee.. nak tengok banyak-banyak masuklah link atas occay..! hahaa.. Label persendirian ZALORA ni turut membariskan pelbagai jenis pilihan T-shirt, Hoodie, Sweatshirt dan juga Kemeja yang direka khas seiring dengan perkembangan trend semasa. Fabrik of cos lah dari material yang bermutu tinggi uollss! Dun worri-morri occay!


Bukan tu jeee.. Jaxon juga mengeluarkan koleksi seluar pelbagai pilihan seperti koleksi Jeans, Seluar Pendek dan Chino Pants yang sangat sesuai digayakan bersama baju-T kegemaran uollss..


 Jaxon – Jenama Online Popular untuk Lelaki


Baju stylo dah ade, seluar gempaq pun dah ade, aksesori mestilah kena ade beb.. sebagai pelengkap gaya.. betoi ke idok?? Angguk kepala cepat! Hahaa..


Jaxon – Jenama Online Popular untuk Lelaki

Aksesori menarik seperti jam tangan, tali pinggang dan dompet juga tersedia untuk pilihan uollss..
Untuk melengkapi segala keperluan lelaki moden yang suka ranggi suka bergaya, Jaxon juga menawarkan pelbagai pilihan backpack dengan rekaan menawan qolbu, ngam sangat digayakan ke pejabat ataupun ketika bersantai di hujung minggu...


Jaxon – Jenama Online Popular untuk Lelaki


Kasut pun ade.. tak tinggal punya..!
Uolls bole temui  koleksi kasut menarik rekaan berkualiti dari Jaxon di lawan web ZALORA juga!


Jaxon – Jenama Online Popular untuk Lelaki



Hurry up uolls!

Jom cepat miliki segala kelengkapan dibawah satu jenama hebat hari ini juga! Konpem penampilan uolls lebih outstanding! Tampan Menawan kau memang dAbOOm!!  





Wednesday 4 November 2015

Rabu yang Bisu # 47 Papan Iklan yang besar di pekan yang kecil


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

#WordlessWednesday
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph 
with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. 
The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Rabu yang Bisu # 47 Papan Iklan yang besar di pekan yang kecil

Apa agaknye yang bole kita fikirkan dari gambar ini?

Gambar ini Nurul ambil dipekan yang kecil, Tamparuli semasa balik kampung tahun lepas.. dan kawasan ini akan dipenuhi dengan orang dalam dan luar Tamparuli termasuk pelancong pada tiap hari Rabu., hari Tamu untuk daerah ini.