Wednesday 29 May 2013

Yeaaayyy..... dapat hadiah dari nazlee.com^^

Salam.. greetings all.. Kabare semue^^

Semalam tak sabor2 balik umah, nak balik on the dot 5.30pm ade plak aral melintang ..urmm...kiriman hadiah dari PCL sudah sampai maaaah.. :D *senyum lebar2 ni sampai tinge, tu yg x sabor nk balik^^

Semuanya bermula bila terbaca kat sini Blog PCL : Print Screen PV ke 999999 ..Hadiah menanti .. tergerak hati nak join

Pada 22/5/2013, lepas naik t-break, trus je buka blog PCL.. "urmmm..PV baru menunjukkan angka 999740.. jauh lagi ni" jari baru nk click mouse beralih screen.. wow....wow..... laju benor PV tu bertukar.... bukan naik 1 demi 1 tau, tp trus 3, 5, 10 sekali naik...  trusss naik sehinggalah 999999.... tak sampai 10minit rasanyer, ini menunjukkan punyelah ramai viewer setia kt blog PCL ni^^, tak brtangguh trus print screen, paste kat Paint, cut paste and send...BOMM! oyee, email dah siap buat tu taw, tunggu nk paste PV jek...prasan mcm laju giler la tu konon.. hahahhaha :P

Dan inilah Keputusannya~  Terpantas +Syuhada Salleh masa 16:24, +Nurul Hidayah 16:26 dan +kopi pasta 16:29 dan.. jeng..jeng.. esoknye ade kejutan, seorang lagi pemenang bersama +Siti Rohaida Yusof mencatat masa 16:24 juga... tahniah..tahniah.. :)

Tak disangka2, cempedak menjadi nangke...hehe.. +PakcikLie PCL bermurah hati nak bagi hadiah saguhati..yes..yess... suke..suke^^ sini2 baca Harap bersabar menanti...

Taraaaa..!! Inilah sampul yang telah Nurul terima dengan selamatnya semalam~28/05/2013 :)


Sile abaikan garis2 hitam tu yer^^

Dalam sampul putih ade bag plastik merah,
dlm bag plastik merah ade Note Book & Pen ANGKASA..pheww ^^


Ni la dia... hadiah saguhati yg sangat osem dn mavles dari  PCL  :D

Timekasi +PakcikLie PCL  .. Nurul doakan semoga terus maju jaya, dilimpahkan lagi rezeki, umur yg panjang dgn kesihatan yang berkekalan bersama family tersayang. In Shaa Allah. Aamiin.


Tuesday 21 May 2013

Rumpai ganti garam bermanfaat untuk kesihatan kepada pesakit kardiovaskular(CV)

 Rumpai ganti garam
PROF DR SUHAILA menunjukkan estrak rumpai laut (cardio mate) dan kapsul rumpai laut.

Penyelidik UPM hasil KardioMate atasi masalah kesihatan 

SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.
Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).


KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, terutama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi.


Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan selium.


“Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah.


“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof.
Dr Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang membantu melambatkan kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan kenaikan gula dalam darah serta mengawal tekanan darah berlebihan.


“Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan, sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman.


“Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.


“Saya berharap ada pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap botol 80 gram. Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate sesuai untuk golongan berisiko,” katanya.
Sumber

Artikel yang berkaitan: mstar , Utusan

Wednesday 15 May 2013

Rabu yang Bisu #1

Salam semua :)..

Godeh2 pc pagi ni cari satu document, ternampak plak pic ni, so kebetulan hari ni Wednesday kannnn... hehe.. pic ni Nurul snap gune hp cikai je.. sorry dengan quality pic yg tidak begitu memberangsangkan^^  pic ditangkap di Pasar Pandan City, Johor Bahru.. dalam Nurul terjengah sana-sini mencari apa2 yg berkenan.. terlihat pula satu gubahan hati (kottt...) salah sorang peniaga kt situ


urmm... apa agaknye yg cube disampaikan oleh si penjual udang tu ye?



Monday 13 May 2013

Rumpai laut sumber pendapatan tambahan



LAHAD DATU 6 Feb. - Keunikan dataran lumpur Semenanjung Dent yang mempunyai terumbu karang dan pelbagai jenis rumpai laut bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negeri, tetapi turut menyumbang pendapatan tambahan kepada kira-kira 400 penduduk Kampung Sinakut di sini.


Aktiviti ternakan rumpai laut itu merupakan industri hiliran kecil-kecilan kepada keluarga nelayan itu yang dijadikan sebagai pendapatan tambahan kepada pendapatan hakiki mereka yang bergantung kepada hasil laut.


Sehubungan itu, mereka amat mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang giat memulihara alam sekitar kawasan dataran lumpur semenanjung berkenaan.


Seorang penduduk, Jimi Uddin berkata, sebagai nelayan, selain meraih pendapatan harian dengan menangkap ikan mereka kini giat menceburi ternakan rumpai laut.
''Golongan nelayan banyak bergantung kepada sumber laut, selain itu, kami juga mengusahakan ternakan rumpai laut sebagai pendapatan tambahan.



"Walaupun pendapatan yang diperoleh menerusi ternakan rumpai laut tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya ia akan menambah pendapatan nelayan yang menjalankan projek itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


Seorang lagi penduduk, Paklah Samad berkata, pada masa ini, golongan di kampung itu tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pendapatan menangkap ikan yang ada kalanya tidak menentu terutama pada musim tengkujuh.


''Sekurang-kurangnya kami mempunyai pilihan. Jika tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh kami boleh mengusahakan ternakan rumpai laut.
''Pencemaran alam sekitar yang berlaku bukan sahaja akan mengakibatkan nelayan kehilangan punca mata pencarian utama tetapi turut menjejaskan hidupan laut," katanya.
Sumber
Sumber Photo : Google

Friday 3 May 2013

Rahsia rumpai laut

2013/04/15 - 07:05:06 AM Oleh Nor Hatina Shuib
Rahsia rumpai laut

Berita Harian ~ Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.
Sumber