Wednesday 30 April 2014

Rabu yang Bisu # 19

In remote village in Colombia kids go to school using a high-altitude zipline.They carry their younger sibs in hemp sacks. The top speed is 38 MI/h (62 km/h). The length of the zipline at 1,312 ft (400 m).





 

 


Tuesday 29 April 2014

Bagaimana membuat Jeruk mangga yang rangup dan sedap?

Meh sini... meh.. kita gebang pasal rahsia turun temurun bagaimana membuat jeruk mangga yang krup..krap..krup..krappp.. rangup walaupun dah direndam dan terjeruk lamaaa.. cewahh.. rahsia la sangat kannn?? ehee.. Tak semestinya mangga, selalu juga Nurul buat jeruk kedondong pun sama rangup juga... 

Bagaimana membuat Jeruk mangga yang rangup dan sedap?

1. Buah yang hendak dijeruk (Mangga/Kedondong) bersihkan dan buang kulit, hiris macam pic, kalau kedondong biasanya biarkan sebiji-sebiji je.

2. Pernah nampak tak benda ni? kat kedai runcit ada jual. Inilah Kapur yang dimakan dengan sirih tu.. jangan pandang sebelah mataaaa^^.. Hang Tuah makan tau benda ni.. hehe.. Buat larutan kapur dengan air, air cukup menutupi buah je.. kalau 1kg mangga dalam 1sudu makan penuh kapur. Tak yah banyak sangat. cukuplah air tu nampak keruh dengan kapur sirih tu. 

Buah mangga yang sudah dibuang kulit dan dihiris masukkan dalam larutan tu, sambil teruslah buat yang sama pada semua buah yang hendak dijeruk. Info tambahan: Kapur bole buh dalam bancuhan tepung untuk goreng pisang/keledek/etc.. juga dengan tujuan sama.. tapi awas, jangan terlebih letak ye.. haha.. berbuih minyak nanti.. eheehe.. urmm.. 1kg tepung beras boleh la letak satu sudu teh kapur... kena try and error la ea :)

3. Biarkan buah tadi berendam happily dalam larutan tu dalam 30minit~1jam. Selepas tu, buang air kapur tu dan bersihkan dengan sebersih-bersihnya dari larutan kapur. Pastuh, toskan kejap. Masukkan dalam mangkuk yang bersesuaian untuk dimandikan dengan gula dan sedikit garam. 

4. Untuk 1kg mangga Nurul guna setengah kilo gula(Biar lebih jangan kurang ea..), 1sudu makan garam(bukan 1senduk tauuu..). Gaul sebati. Masukkan dalam balang. Kalau buat sedikit jeruk boleh la buat macam ni. tapi kena simpan dalam peti sejuk. Kalau nak buat jeruk dalam kuantiti yang banyak dan amik masa lama untuk menghabiskan, Nurul cadangkan buat air gula. Gula tadi campur dengan air dan masak sampai air jadi pekat. Tunggu betul-betul sejuk, masukkan hirisan mangga/buah kedondong.  Simpan dalam balang. 

Biarkan sehari dalam suhu bilik. Esoknya dah menjadilah jeruk tu.. bole makan dan balance masuk dalam peti sejuk.. lagi sedap makan sejuk2.. :D


Selamat mencuba^^



Monday 28 April 2014

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya


 segmen first annivessary blog asha lya.html


Klik banner untuk Join :) 
Segmen dijalankan bermula 25.04.2014 (Jumaat) dan tamat 05.05.2014 (Isnin)

Mari belajar menggubah bakul hantaran...

Happy Monday ollss..

Inilah aktiviti hujung minggu Nurul baru lalu ni. Al-kisah anak sedara nak menamatkan zaman bujang so minta tolong buatkan bakul hantaran.. pandai juga anak sedara ni, kat spore kan barang2 double up so sangat jimat beli kat sini apalagi kalau gubah sendiri, kalau minta kedai tu gubahkan pun bole, perkhimatan menggubah dikenakan 50% dari harga barang-barang yang nak digubah kalau ambil pada hari yang sama, kalau ambil hari lain 30%.

List shopping:
Bakul putih RM14.90 x 7 : RM104.50
Bunga biru 1 jambak RM5 x 2 : RM10
Bunga putih 1 jambak RM20 x 3 : RM60
Bunga rose merah 1 kuntum 3.90 x 7 : 27.30
Reben RM4.90 x 7 : 34.30
Kertas hancur biru 1 plastik : RM9.90

Total : RM246.00
- Kalau upah siap hari sama x 50%(RM123.00) : RM369.00
- Kalau amik hari lain x 30%(RM73.80) : RM319.80


BEFORE
Mari belajar menggubah bakul hantaran^^
Pistol glue tu beli kat kedai 2hinggit, harga cume RM2.50, glue tu satu paket RM2.00
dalam ada 10batang glue, Nurul guna 4 batang glue untuk 7 bakul hantaran


AFTER
Mari belajar menggubah bakul hantaran^^
Sila abaikan barang2 dalam tu, Mak Nurul kannn dealer Avon so pinjam sat,
 buh dalam ni.. nak berangan.. wahaha..*ampunkan saya tuan barang :p

Nurul ni tangan kayu sebenarnya, tak pernah menggubah hantaran pun ok.. so walaupun simple giler gubahan tu namun happynya kenmain.. ahaha.. minta maap ye.. over skit :D


Semua barang untuk gubah bakul hantaran Nurul beli kat sini : PTD 100802, Jalan Simbang, Taman Perling 81200 Johor Bahru. Barang-barang kat sini semua up to date, u just named it! cewahhh.. promosi abis nampaknye Nurul ni.. komisen ade keww? haha.. nak pi claim la pasni :p tapi honestly, memang superb sungguh kelengkapan kat situ, Bakul hantaran dah siap pun ade.. tapi sori mori, tak bole amik pica, ni mesti kes takut org ciplak idea kannn.. hihi.. kat depan kedai ni ade signboard besorrrr tulis  "JOM KAHWIN"..  tapi pun tak amik picanyee.. haishh.. :D

Mari belajar menggubah bakul hantaran^^
Pic hasil google dapat dekat sini: nurinmarie.wordpress.com


Friday 25 April 2014

Mutiara Iman : Short Tazkirah

Assalamu'alaikum..

Short Tazkirah for sharing...  

1. Org yg tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain ~ Ustaz Azhar Idrus


2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya
~ Ustaz Kazim Elias


3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia"
    ~ Ustaz Don Daniyal


4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda ~ Datuk Ismail Kamus


5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat ~ Ustaz haslin baharin


6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa
    kemudian baru bangun”
 ~ Al-Habib Ali Zainal


7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya 
    ~ TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


8. Jagalah solat anda kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya 
    ~ Sheikh Abdullah Jahaf.


9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang ~ Ustaz Dasuki Rani


10. Jangan cakap : "Pergi solat! Kalau tak, masuk api neraka! "Tapi cakap : "Jom solat, nanti kita masuk syuga Allah sama-sama ya, InsyaAllah..." ~ Tuan Guru Harun Din


11. Kalau dalam solat pun tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah?
      ~ Ustaz Pahrol



Salam Jumaat. Moga bermanfaat.

Wednesday 23 April 2014

Rabu yang bisu # 18

Kalau sehari habis sepaket macam ni... masih masuk kategori diet tak? hahaha!!







Monday 21 April 2014

Types of girls

Happy Monday Morning!
Ramai ke yang terkena wabak Monday blues hari ni?
Haaaa.. jom kita santai-santaikan Isnin anda dengan posting ni :D

CD-ROM GIRLS
She is always faster and faster


EMAIL GIRLS
Every ten things she says, eight are nonsense


HARD DISK GIRLS
she remembers everything, FOREVER

INTERNET GIRLS
Difficult to access

MULTIMEDIA GIRLS
She make horrible thing look beautiful

SCREENSAVER GIRLS
She is good for nothing but at least she is fun

RAM GIRLS
she forget about you, the moment turn her off

WINDOW GIRLS
everyone know that she can't do a thing right, but no one can live without her

VIRUS GIRLS
Also known as "wife'' when you are not expecting her, she comes, install herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if  you uninstall her you will lose everything...

SERVER GIRLS
Always busy when you need her


Salam Hormat.  Semoga Ceria selalu^^

Saturday 19 April 2014

GA Cuci Lemari By Mamamursyid.Blogspot.Com

GA Cuci Lemari By Mamamursyid. Blogspot. Com


Klik banner untuk join. GA berakhir pada 16 Mei 2014


1. Done follow blog. Follower # 67. 
Nurul takde akaun Instagram so tak dapat nak follow.

2.Jawab 2 soalan kenali mamamursyid:

2.1. Siapa nama anak mamamursyid?
Ahmad Mursyid Bin Ahmad Khushairy

2.2. Apakah pekerjaan mamamursyid?
Dulu bekerja sebagai Accountant dengan Construction Firm dan sekarang sudah bekerja selama hampir 6 tahun sebagai seorang Guru di SK Orang Kaya Mohammad (S.K.O.K.M), Bintulu, Sarawak.
(Fuuhhh... mana dapat info tu ye? betul punye research ni :D :D)


Jom la join sebelum tamat.. simple GA sambil menambah ikatan ukhwah :)



Friday 18 April 2014

Mutiara Iman:Kita Ibarat sebiji Pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa…,
 
-   Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan, lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...

-   Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh…pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya...

-   Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai, tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina...
 
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala...Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita...iaitu SYURGA...

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga...

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah akan menghumbankan kita ke dlm NERAKA JAHANAM yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah…tiada nilainya lagi...

Salam Jumaat . Moga bermanfaat..

Thursday 17 April 2014

Apabila Timur bertemu Barat...

Kalau hidangan macam ni, agak-agak nak bubuh nama apa yang paling sesuai?

Last weekend punya ceritera.. 


Wednesday 16 April 2014

Rabu yang bisu # 17






Tuesday 15 April 2014

Cuti-cuti Malaysia : La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Rasa tak betapa damai nye pemandangan dari sudut ni?

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Pic ni amik dari arah masuk ke Water theme park, kite masuk dari arah depan tembok kuning tu..
kat situ tempat makan2 dan kedai souvenier

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Swimming pool utk kanak2, cetek je swimming pool ni..

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Santai kat sini sambil membaca dan layan jajannn..

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Prasan tak longsor air  color biru tu?? hisshhh... gayat! tinggiiiii...
kene gune boya kalau nk longsor, laju plak tu turunnye.. takmo..takmo...


La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Ni pun kolam kanak2... yg ade cendawan hujan tu,
kolamnya lebih dalam sedikit dari yg sebelahnye tu..
La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Dak ber2 ni tersnap le plak.. tak tau la anak sapo.. huhu.. depan dak ber2 tu pasir, 
bole ler buat istana pasir kat situ.. 

La Stella terletak dalam Starhill Golf & Country Club, Kempas, Johor Bahru. Ia sebenarnya private club tapi untuk non-member pun boleh masuk, bayar kat registration counter, lebihkurang RM10++ sorang (Weekdays), RM15++ (Weekend). Kanak-kanak bawah 4thn dan warga emas 55thn free entrance. Kena pakai tag (macam kat Genting tu..) barulah dibenarkan masuk.. Seronok ke sini sebab tak crowded, ade life guard, kemudahan yang excellent. Makanan luar tidak dibenarkan masuk tapi makanan dan minuman reasonable price.


Monday 14 April 2014

Choose forgiveness..







Friday 11 April 2014

Air kelapa boleh menggantikan petrol dalam kecemasan

Air kelapa boleh menggantikan petrol dalam kecemasan
Kelapa yang dikatakan boleh
menggantikan Petrol
Satu lagi prestasi yg patut diberikan penghargaan untuk pereka enjin dan jurutera yang berhasil menemukan bahan bakar pengganti kepada petrol dengan hanya berbekal bahan asas daripada air kelapa.

Caranya pun relatif mudah :

1. Tuangkan air kelapa ke dalam botol kemudian diamkan sekitar 2 jam.

2. Masukan botol ke dalam beg dan tutup rapat-rapat. Hindarkan dari sinar matahari kerana sinar matahari akan merosakkan molekul air kelapa tersebut.

3. Hidupkan motor anda & bergeraklah seperti biasa hingga anda kehabisan petrol yang ada di dalam tangki. Tetapi usah risau, anda sudah bersedia dengan bekalan bahan bakar yang baru.

4. Pada saat petrol anda habis, gunakan air kelapa yg sudah disiapkan tadi untuk anda minum, kemudian
tolak atau doronglah motor anda sampai stesen minyak yang terdekat. 

Badan sehat! Petrol pun jimat! :D :D


Sumber gambar : Google Image
Sumber Berita : Whatsapp 

Thursday 10 April 2014

Nasi ayam yang sedap!

Air Tebu yang menyegarkan
Air tebu gelas besar 2!!
Sebenarnya ini semalam punya cerita, hari ni tak keluar lunch pun, malas... takde mood..  something happen menyebabkan mood makan terbantut, urmm... takpe la, lupakan.

Warung ni sebenarnya dekat sangat dengan ofc, orang dulu2 kata sepelaung aje, tapi orang kini2 kata, tak habis sebatang rokok ponn.. nampak tak perbezaan kat situ? tapi nak jalan kaki memang tak bole la.. nak2 plak dengan tumit 4" ni kann.. memang cari nahas la jawabnye.. adesss..

Lokasi warung ni di Taman Senai Jaya, sesiapa yang melalui jalan Senai-Seelong pasti akan melepasi warung ni.. Nurul namakan warung 3 in 1 sebab ada 3 je warung kat tempat ni.

Warung ni cuma beroperasi during lunch hour dan sebelum Maghrib dah tutup. Memang sentiasa ramai orang, kalau nak cari meja yang nak untuk kita-kita je, harap maaf.. kebiasaannya terpaksa kena berkongsi meja.. meja je pun kongsi, makanannye takkkk..

Semalam Nurul pegi berdua dengan member, dah terbayang-bayang air tebu gelas besar dengan nasi ayam wak yang sedap tu.. Nasi ayam dengan Air tebu gelas besar MYR6.50 je.. Nurul rasa masih murah lagi.. berbaloi dengan servis, rasa dan peralatan yang digunakan. Tempat pun bersih walau agak panas la.. open air kan.

Makan punya makan.. eehh.. tak terasa dah abis, rasa cam nak tambah jeee.. segan le plak.. kata wanita melayu terakhir..hihi

Nasi Ayam yang sedap
SEBELUM
SELEPAS

Warung Wak yang menjual nasi ayam ni yang 1st jumpa, warung bahagian tengah terkenal dengan Mee Soto Cendawan, dengan goreng2an seperti goreng pisang, cendawan goreng, keropok lekor goreng dan yang last sekali, warung Wak Lan juga menjual nasi ayam tapi banyak varieties, Ada Nasi Ayam Spicy, Nasi Ayam Hainan, Nasi Ayam Blackpepper, Nasi Ayam Madu, dan yang paling Nurul fevret kat sini, air limau sebab guna lemon.. Nurul sukaaa!! Pic kat atas tu menjadi bukti Nasi Ayam tu memang la sedap.. licin tuuu.. :D :D