Tuesday 27 August 2013

Kisah Rasulullah Dan Limau Pemberian Wanita Kafir


  
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
 
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
 
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
 
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Thursday 22 August 2013

Kemalangan di Genting Highland

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.. 



Semalam sambil menunggu jiran sebelah untuk sama2 bermarhaban di rumah jiran lainnya, Nurul menonton TV dan membaca tulisan kat bahagian bawah TV yang bergerak2 tu (tak tau la ape nama nye) Kemalangan Bas express terjunam ke dalam gaung berhampiran Genting Highland.



Pagi ni, on the way pegi kerja, HOT.FM buat Hot Chat tentang ini juga dari surf net, Nurul mendapat info yang Bas tersebut sebenarnya adalah bas penumpang biasa yang menjadi pengangkutan pergi dan balik kerja sebilangan besar pekerja-pekerja Genting Highland. Bas tersebut terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di KM3.6 Genting hingland sekitar pukul 2.20pm(21/08/2013). Bas tersebut membawa 52 penumpang. Seramai 37 penumpang disahkan meninggal dan 16 penumpang lagi cedera dimana kebanyakannya cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.



Nurul terkejut dan merasa amat sedih dengan berita kemalangan yang yang mengejutkan ini. Salam takziah untuk mangsa dan keluarga mangsa dan Nurul doakan semoga sabar dan tabah.

Sama-sama kita hadiahkan AL-fatihah buat yang terkorban.