Sunday 30 November 2014

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.


Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

    Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.


    Kredit untuk Kak Mialiana

    Friday 21 November 2014

    Mari menggubah hantaran

    Assalamu'alaikum warahmatullah...

    Ni percubaan kedua mencuba menggubah hantaran untuk majlis nikah anak sedara, percubaan pertama Nurul menggubah hantaran bole tengok disini, yang ini kali kedua.. taklah cantik ponnn.. Nurul tau keupayaan diri, taklah sekreatip mane.. huhuu.. tapi tak kiraaa.. nak juga tayang kat sini.. hahaa 

     BEFORE

     AFTER
    Ni antaranya...

    Yang kat bawah ni pula, Nurul gubah kat rumah pengantin lelaki.. memandang pengantin perempuan dari jauhhh.. menaiki pesawat maka susah nak membawa barang yang siap digubah, so gunakan bekas hantaran dari jenis siap iaitu kotak, tinggal lekatkan hiasan seperti bunga, manik rantai sekeliling kotak seperti dibawah, menggunakan hot gun, simple tapi nampak kemas kan? tak ke? alamak.... hahaaa..




    Moga mendapat sedikit idea dari gambar-gambar atas tu.. :))

    Wednesday 19 November 2014

    Sambal bermacam sambal...

    Assalamu'alaikum..

    Baru ni Nurul pegi kat satu gerai makan, gerai ni memang terkenal asam pedas pelbagai jenis ikan, antaranya ikan merah, sembilang, pari, terubuk dan duri, lauk-pauknya juga pelbagai jenis, ala kampung pulak tu... ulam-ulamnya tak payah citer la.. u just name it! mesti ada.. nangka rebus, jantung pisang rebus, pucuk ubi, ladies finger, kacang botol dan macam2 lagi la, perghh.. kecor tak? kecor tak? hahaha..  Kalau tak caya tengok la pada jenis-jenis sambal yang ada ni.. tengok pun dah tau kan? banyak benda yang bole dicicah.. huhu.. Sorrrry.. tak amik pun gambar kedai dan barang2 niaganya.. segan pulak time tu, ramai orang wehhh.. hehee.. kalau nak tengok bole surf under Asam pedas Desa Rahmat Johor :))

    So kita tengok yang ini je la ea, cuba teka apa sambal yang ada kat bawah ni.. haaa.. tau tak?? hehee.. ke tau makan jewww.. hihiii..jangan malu-malu ce teka..  



    UPDATE 04-Dec-2014 : 

    Nak bagi jawapan.. harap2 jawapan Nurul ni betul.. hahaa.. alamak! hehee

    A : SAMBAL KICAP
    B : SAMBAL KACANG CAMPUR BELACAN
    C : SAMBAL ASAM CILI HIJAU
    D : SAMBAL AIR ASAM(JAWA) CILI PADI DAN BAWANG
    E : SAMBAL KACANG BERKICAP
    F : SAMBAL BELACAN

    Adakah yang betul semua? macam takde jeeee.. :p

    Rabu yang bisu # 35





    Friday 14 November 2014

    Delish Pizza @ Taman Impian Senai memang Yummy!!

    Assalamualaikum...

    Last week Nurul berkunjung lagi kesini.. Restoran Pizza Delish! Restoran makanan segera yang baru juga dibuka kawasan Senai Johor, jauh lebih murah dari Pizza-hut..hehee.. dengan quality yang setanding.. meh lah sape2 yang berdekatan cuba rasa disini pula.. sama-sama kita support usahawan bumiputera.. kalau bukan kita siapa lagi?? betol tak :))

    "A Muslim-owned restaurant serving freshly baked pizza, wholesome breads with soups and a variety of pasta. We are available for fast take-out options and self pick-up" begitulah yang tertulis di laman gplus nya disini +Delish Pizza (Halal Casual Dining & Fast Take-Out) sebarang komen membina boleh diajukan kat situ :))

    Jom layan pics.. cakap banyak tak guna.. see to believe.. cewahhh.. :))


    Delish Pizza @ Taman Impian Senai memang Yummy!!
    Nampak sangat menyelerakan :)
    Delish Pizza @ Taman Impian Senai memang Yummy!!
    Pizza bole kawin.. hehee
    sebelah Supreme Chicken lagi sebelah Daging Peperoni

    Delish Pizza @ Taman Impian Senai memang Yummy!!
    Namanya dah lupa laaa... Macaroni Cheese kot.. huhu

    Delish Pizza @ Taman Impian Senai memang Yummy!!
    Spaghetti nya tak lembik sangat dan tak basah sangat
    Okay la.. tak muak 

    Delish Pizza @ Taman Impian Senai memang Yummy!!
    Ni kedai nya.. Merah Putih.. nampak segar dan menarik :)

    Delish Pizza @ Taman Impian Senai memang Yummy!!
    Antara menu yang ada..

    Delish Pizza @ Taman Impian Senai memang Yummy!!
    Hurryyy amik no tepon tu!
    call dan datang tinggal makan je... hehe

    Thursday 13 November 2014

    SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


    Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.




    Assalamualaikum w.b.t.





    KLIK BANNER UNTUK JOIN!

    CARA JOIN: 

    1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
    2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
    3. Follow blog wawa.  *wajib*
    4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


    ALERT! 
    - Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
    - Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
    - Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


    Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

    Thursday 6 November 2014

    Perkampungan Nelayan ~ Kampung Pendas Baru, Gelang Patah, Johor

    Assalamua'alaikum...

    Seperti dijanjikan, Nurul share gambar-gambar yang Nurul ketik kat perkampungan nelayan, kampung Pendas Baru ni. Sebenarnya, Kampung ni namanya Tanjung Adang, Kampung Pendas Laut yang sebenarnya berdepan dengan Tanjung Adang ini, tapi kerajaan mengambilnya untuk menaiktarafkan keadaan disitu dan memindahkan penduduknya ke sini dan menamakan kampung ini Kampung Pendas Baru. 

    Dari Senai mengambil masa selama lebihkurang 40minit melalui highway dan akan memasuki kampung-kampung untuk kesini. Suasana kampung kelihatan tenang dan damai sepanjang perjalanan.

    Tempat makan-makan ni...
    Nurul pun tak pernah datang makan-makan sini lagi, buka malam je.. agak jauh juga 40minit dan rasa cam agak gelap perjalanan kesini.. ada niat nak kesini, nak tengok suasana malam.. dalam masa terdekat kot.. in shaa Allah..
    Pandangan depan.. 
     Macam ini suasana rumah yang dibina oleh kerajaan, lebih tersusun dan nampak kemas, gerai-gerai jual ikan tu didepan rumah tepi jalanraya.. urmm.. cam dah moden la kan? :))

    Rumah kelihatan kemas tersusun sejajar dengan jalanraya..
    Bila hujung minggu memang compact jalan ni, banyak kereta masuk dengan tujuan yang sama, membeli hasil laut yang segar.. banyak juga kereta-kereta dengan plat no. negara jiran sebelah, biasanya chinese.. memborong ikan-ikan yang besar-besar, ikan merah, siakap, kerapu.. banyak pulak tu.. bayangkan kalau sekilo RM55.. sekor ikan dalam 2~3kg. urmm...mungkin ada restoran kot.. harga taklah murah sangat tapi berbaloilah dengan kesegaran ikan tu...

    Beginilah rupa gerai ikan tu..
    Antara ikan segar yang dijual...
    Jeti antara rumah, belakang tu paya bakau,
    perahu/bot berlabuh kat situ
    Penghuni rumah ni mesti.. "proud to be Johorean.. yeayy!"
    Nampak bot ni baru nak berlabuh.. banyak kot tangkapannya.. :)
    Minggu sudah, ambil masa sedikit.. ke bahagian kiri perkampungan ni, melihat-lihat kawasan lain, sedih melihat keadaan dibawah ini.. pembuangan sampah yang tidak terkawal.. boleh mengakibatkan penyakit,
    apalagi ia terapung-apung diatas air.. kalau hidupan laut sesat kesini, tak jumpa jalan keluarnya, kebanyakan sampah adalah jenis plastik, bekas makanan, polisterin yang tidak diterima tanah untuk berkurun lamanya..

    Tentu banyak penyakit yang akan timbul jika tiada
     tindakan diambil dalam masa terdekat

    Wednesday 5 November 2014

    Rabu yang bisu # 34



    Tuesday 4 November 2014

    Hari Penghargaan Bersama Penyokong Johor..



    Assalamualaikum...
    Ke kanaaaan ..pusing!! haha... 
    semua memandang arah yang sama... hihiii

    Yeayyy...!! ade makan-makan la.. hihi.. Nurul pula yang terlebey happy, so sape-sape rasa dia Penyokong Bolasepak Johor tu, boleh la mai sini.. Hari Sabtu,  15-Nov-2014, bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, dari pukul 9pagi sehingga 5petang, makanan asli negeri Johor akan disajikan bersama resipi Istimewa BBQ Argentina TMJ secara percuma.. Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor.

    Inilah dia kotak Singgit sekeping
    Masa Johor vs Pahang hari tu Nurul datang ke dataran ini okayyy.. walaupun saat-saat akhir Nurul duduk dalam keta sebab sakit pinggang duduk lama sangat kat padang berlapikkan kotak yang berharga singgit sekeping.. adoii.... buat duit betol dorang ni! tapi sape suruh beli.. pakcik tu tak paksa pun.. cuma dah beli satu, dia suh beli satu lagi... haha..

    Gambar atas : kawasan makan yang terkenal dengan steambot dan Tauhu/Kuew Tiaw bakar, kawasan parking dataran Bandaraya.. penuh sesak...  

    Ramai sungguh orang hari tu, dari segenap lapisan usia, dari baby sehingga atuk nenek pun ada.. dari yang rugged sehinggalah yang ayu berabaya.. meriah sangat.. sekali semua menjerit.. hamikkkk... memang bergegar jantung dibuatnya, belum campur lagi dengan bunyi ketuk, tepuk, wisel dan bunyi-bunyian hasil kreativiti memasing.. sesekali kedengaran juga jeritan ..Booo... biasalah tu kan.. yang paling Nurul tak sangka, ade yang bagai berpicnic, picnic tu okay lagi, yang ni siap dengan periuk belanga, pinggan mangkuk..adoii.. terkebil-kebil juga la Nurul melihatnya.. Sorry, pic takde... segan pula nak amik pic dorang tengah makan.. nak amik dari jauh.. zoom out pula.. hehe..


    rehat 1st half.. keluar dari dataran..
    mostly gi loo la mana lagikann.. heee

    Perlawanan lagi sejam nak start tapi semua dah cop tempat..
    Merah biru dimana-mana..
    ..sangat padat!
    Jalanraya kereta parking sampai 5 lanes, tak campur dengan motor yang menyelit-nyelit, sapa-sapa yang memandu hala ke sini memang tak dapat disalahkan kalau menyumpah.. laluan tinggal satu lane je, lori lalu pun terkedek-kedek.. 

    Zoom skit... haha.. flyover pun ade.. :))
    Seperti biasa juga.. diakhiri dengan membakar suar..
    berjerebu jap suasananya..


    Berita lanjut tentang Majlis ini boleh klik SINI 
    Ucap Tahniah TMJ pada kemenangan Pahang boleh klik SINI


    *Terimakasih sudi membaca :))