Sebak hati, menitik airmata, mendengar penerangan Mr. Segar, Jurucakap pusat berkenaan. 80% darinya dihantar oleh Ibubapa sendiri dan tidak pernah sekalipun dijenguk semula, senang cerita, umpama membuang sampah yang tidak diingini, mujurlah rumah kebajikan ini masih sudi menjaga mereka walaupun tidak menerima sebarang bayaran atau sumbangan dari keluarga mereka.
Bila ada kematian, pihak kebajikan akan mewar-warkan dalam suratkhabar dan juga menghubungi keluarga mereka, namun, seperti kebiasaannya, tidak ada walau seorangpun ahli keluarga yang muncul. Begitu sukar untuk mereka menikmati kasihsayang dari darah daging mereka sendiri.
Nurul tidak segan mengakui bahawa selama ini, bila Nurul berhadapan sahaja dengan cermin, Nurul selalu melihat terlalu banyak kekurangan, nak kulit yang lagi halus, lagi putih, badan yang lagi kurus, nak lebih tinggi, jari yang lagi runcing...lagi..lagi.. dan lebih lagi.....tidak terlintas untuk berterimakasih dengan apa yang diberi, membandingkan diri dengan model atau artis diluarsana, jarang sekali membandingkan diri pada yang kekurangan.
Diluarsana, ramai sekali yang ingin menjadi seperti kita, secantik kita, setampan kita, sesempurna kita, sesihat kita, punya keluarga seperti kita, menikmati hidup seperti kita namun kita pula sentiasa ingin menjadi orang lain yang kelihatan lebih sempurna lantas lupa bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan pada kita.
Lawatan selama beberapa jam itu benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada Nurul. Satu pengalaman yang sangat mengharukan dan menginsafkan Nurul.
Nurul sertakan sedikit photos untuk tatapan..
No comments :
Post a Comment