Tuesday 25 March 2014

Dear Indian Ocean.. keep them safe until we come to take them home

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Semalam adalah hari yang sangat menyedihkan untuk Nurul bila mendengar berita pengesahan dari Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib tentang Misteri kehilangan pesawat MAS MH370.

Sukar untuk Nurul menerima berita sedih ini, harapan yang sentiasa positif tersemat dalam sanubari mengharapkan kepulangan semua penumpang dan anak kapal kepangkuan keluarga masing-masing, namun ternyata, Allah lebih menyayangi mereka.

Nurul mengikuti berita berkaitan MH370 dari hari pertama (08/03/2014) sehinggalah kehari ini dengan doa yang tidak putus-putus, mengharapkan keajaiban demi keajaiban namun kasih Allah pada mereka mengatasi segalanya.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mereka dalam keadaan dan masa yang sedemikian.

Airmata menitis dikala mendengar berita itu, bukan kerana berputus harap dengan Allah, bersimpati dan empati dengan keluarga mangsa, juga meletakkan diri ditempat mangsa semasa keadaan itu berlaku.

Setiap yang berlaku tersembunyi hikmah sebaliknya. Jangan sesekali kita memandang serong pada apa yang berlaku, semua berlaku atas izinNya jua. Setipis manapun harapan, jangan sesekali berputus harap dengan Allah. Tiada yang mustahil bagiNya.

Marilah kita sama-sama terus berdoa, semoga urusan pencarian dapat dilaksanakan, mangsa dapat ditemui biar dalam apa keadaan sekalipun termasuklah kotak hitam untuk menjawab segala misteri sebenar kehilangan Pesawat MAS MH370. Al-Fatihah...


Berita lanjut :

No comments :