Monday, 11 January 2016

Mata Ikan!! Owhh Noooo!


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...

Panas terik sungguh cuaca sekarang ni kan.. rasanye Nurul minum air macam biasa banyaknye juga tapi mata ikan ni kenapa bole jadi gak.. huhuu... semalam letak garam.. perghhh.. sedap giler pedih! hahaa.. so hari ni gi lunch kat airport tadi. singgah Guardian .. 

"Bonjela ade?"

"Takde kak.. Bonjela kena beli kat Farmasi.."

"Arhh? Farmasi?" 
sambil mata Nurul memandang ke sekitar Guardian tu... huhuuuu.. saba je la dengan adik tu.. Nurul pun bertanya kat kaunter.. uhukss... siap bagi 3 pilihan... Bonjela, Oral Aid dan Hurix's.. belek punya belek, pilih Oral Aid.. dah try tadi, tak berangin dan pedas macam Bonjela.. yang ini manis dan wangi macam Strawberi.. Strawberry flavour la katakan.. hahaa.. takkan rasa durian plak kan... hahaa :p


Owhh Noooo! Mata Ikan!!
Oral Aid perasa stobeli..

Nurul sempat baca descriptionnya : Contains Choline Salicylate(a local analgesic), which is a pain killer and anti-inflammatory effective on sore areas in the mouth, and cetalkonium chloride, an antiseptic to kill bacteria and help infection.


Sekarang ni kan Fenomena El-Nino tengah melanda negara kita, dijangka hujung bulan Januari sehingga Mac adalah kemuncaknya, Jabatan Meteorologi menjangkakan kenaikan suhu sehingga 40°C sama macam tahun 1998 dulu, hujan akan kurang antara 20 ~ 60%  dan suhu pula akan naik 0.5°C ~ 2.0°C dari biasa. 


Bila dah hujan kurang dan suhu pula naik, masalah lain automatically akan timbul seperti cuaca panas, kebakaran disana-sini, jerebu, krisis bekalan air dan bila keadaan itu berlaku ia akan mengakibatkan pula masalah kesihatan, dehidrasi, strok haba, cepat letih dan kurang bertenaga lalu immune badan pun akan berkurangan dan kita akan mudah terkena penyakit seperti demam, selesema, batuk, lelah dan jangkitan paru-paru, sesiapa yang berkenaan tu, cepat-cepatlah gi jumpa doktor ye.. jangan tunggu sampai teruk ok!


Kena banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar, elakkan terdedah pada cuaca panas dalam masa yang lama, usahakan untuk selalu berlindung didalam bangunan yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik.


Sama-sama kita jaga kesihatan diri kita dan keluarga :))


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota : 

** El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua ~ empat tahun di Timur Lautan Pasifik

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan, sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.




No comments :