Monday, 30 November 2015

Mari belajar Bahasa Kadazan Dusun - Nama Serangga


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum... 

Nurul dapat ni dari whatsapp beberapa ketika dulu tapi Nurul simpan dalam HP je.. walaupun Nurul ni berbangsa Kadazan Dusun tapi jarang sangat mendengar nama-nama serangga dibawah ni digunakan.

Ramai kalangan orang-orang tua dikampung Nurul yang lebih selesa berbahasa melayu Sabah, mungkin sebab ramai yang sudah tidak fasih menggunakan bahasa ibunda ni, termasuk la Nurul..uhuksss.. Nurul tidak dibesarkan dengan bahasa Kadazan Dusun.. terasa betapa ruginya.. jeles bila mendengar kawan-kawan bertutur dengan fasih sekali terutama bila terdengar kanak-kanak kecil menggunakan bahasa tu.. comel sangattt.. 

Menyedari keadaan inilah yang mungkin menyebabkan Kerajaan Sabah memasukkan Bahasa Kadazan sebagai salah satu mata pelajaran disekolah. Alhamdulillah.. semoga langkah yang diambil ini akan memartabatkan kembali penggunaan Bahasa Kadazan ini dikalangan generasi muda Kadazan Dusun Sabah.


Mari kita belajar sedikit nama-nama serangga dalam bahasa Kadazan Dusun...


Mari belajar Bahasa Kadazan Dusun - Nama Serangga

kredit : SIGU LES
fb : See Go Dusun Les

Nurul pun baru ni terjah fb Sigu Les ni.. usaha yang murni.. moga beliau sentiasa diberi semangat untuk meneruskan usaha ini.. In shaa Allah.

Post a Comment