Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, 17 November 2021

Penyesalan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum


Benarkah penyesalan datang lambat? bukan terlambat tapi datangnya pada saat akhir sebab penyesalan terjadi selepas sesuatu kejadian itu berlaku dan tidak seperti yang kita fikirkan. Selagi kita dihadapkan dengan pilihan, kita pasti mempunyai kebarangkalian untuk merasai penyesalan. Selagi punya waktu untuk membetulkannya, bukanlah terlambat namanya. Rasa penyesalan datang ketika kita mula menyedari kesilapan yang kita sudah lakukan. Penyesalan cuma datang sekali, kalau kita menyesal berkali-kali bukanlah penyesalan lagi tapi sudah ia telah menjadi satu habit.

Setiap kita pasti pernah merasakan penyesalan dan tak kurang juga yang berharap, andainya masa boleh diputar semula dan kita boleh mengubah keadaan masa lalu.

Kita sepatutnya bersyukur bahawa kita sedar dari kesilapan. Dengan penyesalan, kita belajar untuk lebih berwaspada dan dengan bersyukur juga,  in sha Allah, akan membantu menghilangkan rasa penyesalan itu, bersyukurlah kerana Allah mahu kita kembali dan memberikan pelajaran yang berharga.. Alhamdulillah.

Usahlah terus mengeluh dan menyalahkan diri kerana perbuatan itu tidak akan mampu membetulkan  kesilapan lalu, maka bangun dan jadikan ia pedoman dan motivasi, kita sudah menyedari kesilapan itu dan tidak akan sekali-lagi mengulanginya lagi.

Penyesalan mampu menjadikan kita individu yg lebih baik, bersikap lebih baik, berfikir lebih baik dan memilih untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.



Menangislah andai itu bisa membuatmu tenang


Bila hatimu sudah beransur-ansur damai, renung dan fikirkan semula, berbaloikah setiap titisan airmata yang telah kita alirkan? Perlukah terus kita tangisi segalanya itu? timbang-tara dalam-dalam. Tetapkan  hati dan belajar untuk redha menerima ketentuanNYA. Pujuk rasa untuk pasrah dengan semua ketetapan Ilahi. Yakinlah, takdir Allah adalah yang tepat dan terbaik untuk hamba-hambaNYA.




Thursday, 3 July 2014

Yakinlah! Ia pasti berlalu...


Yakinlah! Ia pasti berlalu...Dalam riuh ada sepi
Ada hati yang merintih
kepiluan tersirat berjuta pertanyaan

Aduhai hati yang merintih
Keampuhanmu pernah menjadi sebutan
Ketabahanmu pernah menjadi sanjungan
Desakan kerikil sekecil ini mana mungkin kau goyah!

Namun…
Dibalik tirai itu,
Hujan mengalir deras..
Untuk yang kesekian kali
Membanjiri tanah gersang
Menuruni lurah, melalui longkang, parit, sungai
Alirkan sekali keluh kesah yang menyesak dada
Hanyutkan hingga tidak bersisa

Kilauan matahari esok masih sama
Andai hujan turun lagi pun..
pasti berguna
   pada pokok-pokok,
   pada rumput-rumput,
   pada bunga-bunga..
pasti semakin segar…subur
bersama haruman semerbak

Siapa tahu..
Mungkin dipenghujung gerimis ini
ada pelangi menanti
memberikan warna-warna kehidupan
tidak menjanjikan kemewahan
tapi cukup dengan keikhlasan

Biarkan sepi berlalu bersama kilasan masa…

Yakinlah!

Ia pasti berlalu!

Thursday, 5 September 2013

Tanda-tanda hidup tak berkat

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.



1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.