Sunday, 14 July 2013

Pergi Takkan Kembali...

Subuh ini selepas membersihkan meja selepas sahur, Nurul masuk bilik Jahit, on Radio saluran pilihan Hot.FM, sambil bersedia memulakan aktiviti jahit menjahit, gunting menggunting... terdengar lagu Rabbani ~ Pergi Takkan Kembali  berkumandang.. dalam suasana yang begitu sunyi, lagu ini kedengaran begitu syahdu menusuk hati, menyebabkan mata ini berkaca2... terdetik dihati untuk share dgn kawan2. Semoga kita semua sentiasa melakukan yang terbaik untuk bekal kita di'sana' kelak. In Shaa Allah.

Semua orang pasti akan melalui keadaan ini, samada bersedia ataupun tidak, Ia adalah satu yang Pasti!

Ya Allah, Matikanlah kami dalam keadaan Khusnul Khotimah..


PERGI TAKKAN KEMBALI ~ RABBANI

Setiap insan pastikan merasa 
Saat perpisahan terakhir 
Dunia yang fana akan ditinggalkan 
Hanya amalan yang akan dibawa 

Terdengar sayup surah dibaca 
Sayu alunan suara 
Cemas di dada lemah tak bermaya 
Terbuka hijab di depan mata 

Selamat tinggal pada semua 
Berpisah kita selamanya 
Kita tak sama nasib di sana 
Baikkah atau sebaliknya 

Amalan dan taqwa jadi bekalan 
Sejahtera, bahagia pulang...kesana 

Sekujur badan berselimut putih 
Rebah bersemadi sendiri 
Mengharap kasih anak dan isteri 
Apa mungkin pahala dikirim 

Terbaring sempit seluas pusara 
Soal bicara terus bermula 
Sesal dan insaf tak berguna lagi 
Hancurlah jasad dimamah bumi 

Berpisah sudah segalanya 
Yang tinggal hanyalah kenangan 
Diiringi doa dan air mata 
Yang pergi takkan kembali lagi


No comments :