Agak lama juga gambar-gambar dibawah ini menghuni ruang photos di hp Nurul, gambar-gambar ini diambil semasa Nurul menjemput anak balik sekolah, sambil menunggu, Nurul berbual dengan salah seorang akak peniaga jajan disitu.
Menurut beliau, mula-mula berniaga memang terasa malu sangat tapi dipujuknya hati, lama-kelamaan alah bisa tegal biasa.
"Majlis sekali-sekala akan datang memberi amaran namun tidaklah sampai bertindak drastik menyita barang dagangan kami. Mungkin pegawai-pegawai itu kesian dan faham yang pendapatan kami bukanlah banyak mana dan niat kami untuk membantu keluarga, Anak akak 4 orang, kecil-kecil lagi, kalau akak keluar bekerja, anak hantar pada orang pun, sorang dah RM200~RM250 sekarang ni, kalau 4 orang dah berapa?"
Terbetik dalam hati, boleh tahan juga pendapatan akak ni.. rupanya, seawal 3 pagi beliau sudah bangun untuk menyediakan kuih-muih untuk dihantar ke satu kedai runcit berdekatan rumahnya, beliau keluar rumah untuk berniaga jajan dalam pukul 11pagi hingga 1ptg di satu Sekolah Rendah area sini, selepas itu ke Sekolah Agama sekitar sini juga dari 1ptg hingga hampir 4ptg, balik rumah sebentar untuk mengoreng mee, kentang dan hotdog untuk dibawa ke Sekolah Menengah ini pula dari pukul 5.30ptg~7.15mlm.
Sambil melihat akak ni mesra melayan telatah pelanggan-pelanggan kecilnya, dalam hati terselit pelbagai perasaan, perasaan simpati dan kagum silih berganti. Nurul percaya, sampai rumah sahaja, beliau pasti tidak akan duduk diam berehat selepas seharian 'bekerja'.
Begitulah secebis kisah kehidupan, Alhamdulillah, rezeki tetap ada bila dikais, ia ada dimana-mana bagi yang mahu dan berusaha!
No comments :
Post a Comment