Sunday, 14 September 2014

Bilik Ibu dan Anak yang paling selesa!

Assalamua'laikum..

Ini masih berkaitan dengan post sebelum ini.. hee.. baru-baru ni, Nurul sempat skodeng bilik rehat untuk ibu dan bayi menyusu di AEON Mall Kulaijaya, selalu lepak-lepak kat AEON tu sebenarnya tapi entah macammana terlintas pula nak masuk bilik ni Sabtu lalu.. jenguk je kepala.. wahhhh! so impressive!.. sangat selesa dengan warna-warna yang lembut.. hati pun terus rasa segar ..sempat juga Nurul snap, snap dan snap pics.. Jom layan.. cakap tak guna.. heheee

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Workshop (Southern Region) 2014
Jenguk je nampak ini.. warna-warna lembut dengan susun-atur yang kemas
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Workshop (Southern Region) 2014
Nampak tu? kelengkapan yang menakjubkan..
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Workshop (Southern Region) 2014
Sangat selesa untuk menukar lampin/membersihkan bayi
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Workshop (Southern Region) 2014
Lorong ke bilik penyusuan.. agak tersorok
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Workshop (Southern Region) 2014
Bilik penyusuan

AEON begitu memahami dan menghormati wanita dengan baby oso privacy untuk Ibu menyusu.. wahh! dah macam promote AEON plak ea? haha.. but honestly, so far, Nurul mendapati AEON je yang prihatin benda-benda begini.. Bilik Air kat AEON pun sangat bersih dan cantik..betul tak?


Post a Comment