Tuesday, 30 September 2014

Buah Tarap atau Timadang?


Assalamuala'laikum...

Lama sungguh Nurul tidak mengupdate blog.. campur dengan bercuti kat kampung balik bertugas pula dengan tugasan yang agak meminta waktu.. bukan tak boleh update blog dari hp, boleh juga tapi aduhaii.. macam tak best rasa.. nak type pun menguji kesabaran.. sadar tak sadar dah penghujung bulan September....  hehe.. today is my bday.. Meh wish kat Nurul skit.. hihi :))

Hari ni nak ajak cuci mata kat sejenis buah yang Nurul jumpa kat Sabah je.. sedap tau buah ni, manis-manis lemak.. bijinya pun bole dimakan tapi kenalah masak dulu.. hahhaa.. tapi kalau rerasa nak makan dengan isinya pun takde masalah.. tak beracun pun.. hihii :p

Biasanye biji ni, kalau kat kampung Nurul la, goreng sangai tanpa minyak tu, rasanye sedap ala2 kuaci gitu.. sekali imbas tengok macam cempedak ea? ni Nurul sertakan sekali gambar cempedak so bolehlah compare.. beza kan? :)


Buah Tarap atau Timadang bahasa ibunda Nurul :)

Inilah rupanya sebelum dikopek..
cara nak kopek, tekan je dari pangkal tangkai tu.. 

Ini pula buah Cempedak atau Pulutan dalam bahasa Ibunda Nurul :)

Tengok! kan beza tu bentuk dari luaran pun :)

Nurul balik kampung masa tu, memang tengah musim buah, tu yang balik kesini pun batuk-batuk.. terlebey buah la ni..hehee.. buah-buahan sekitar rumah kampung Nurul.. geram je nampakkan?


Buah ni tak yah la dikenalkan lagi..
Dalam bahasa Dusun dipanggil Rangalau :)

Yang ni plak buah Langsat..
Dalam bahasa Dusun juga dipanggil Langsat

Haaaa.. buah ni kenal takkkk? tak? kenal? ape...? hihiii

Ni pula Gambar BONUS.. pemandangan jalan menuju rumah kampung Nurul.. Rumah tak kelihatan ditutupi pokok-pokok.. sebelah kemah tu je sebenarnya.. Khemah tu untuk adik kawin.. Nurul balik kampung pun sebenarnya, untuk majlis adik ni.. :)

The place where my heart belongs to ..huhuuu

Post a Comment