Showing posts with label email sharing. Show all posts
Showing posts with label email sharing. Show all posts

Monday, 4 May 2015

Memberi dan menerima teguran kerana Allah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Perkongsian dari seorang kawan. 
Contoh 1

1) Seorang lelaki, pakai jubah kopiah dan serban. Hisap rokok belakang masjid. Kantoi dengan orang kampung, kena ejek. Esoknya lelaki tersebut terus tak pakai jubah, kopiah, serban bahkan tak datang lagi ke masjid tapi masih hisap rokok. Alasannya, dia adalah fitnah pada agama sebab merokok.

Ini adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Yang patut dia tinggalkan ialah ROKOK, bukannya tinggalkan jubah, serban, kopiah atau masjid.

Contoh 2
2) Seorang perempuan, berjubah, berniqab. Suka berselfie, tayang bodi pada ajnabi di fb, dipuja dipuji para lelaki sampai ada yang komen berahi. Komen-komen islamik memang tak ketinggalan. Kemudian ada ustaz tegur, perempuan tu terasa, esoknya dia pakai tudung pendek, niqab dibuang, pakai baju adik. Bila orang tanya kenapa dah tak pakai purdah dan tudung labuh, katanya dia tak mahu jadi fitnah pada agama sebab suka menggedik.

Ini adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan. Yang patut dia tinggalkan ialah KEGEDIKAN, bukannya tinggalkan jubah, purdah dan tudung labuh.




Inilah hakikat manusia zaman sekarang, bila ditegur, mereka bukan jadi baik, tapi mereka pertahankan yang jahat, dan tinggalkan yang baik.


Yang menegur pun sama, bila menegur bukan untuk kebaikan, bukan untuk keredhaan Allah, tapi untuk lepaskan nafsu semata-mata sebab nampak keburukan orang lain. Mereka menegur dengan cara "buang kebaikan, dan kembali menjadi jahat".


Contohnya: "Kalau nak merokok, buang dulu kopiah tu.". Ini juga merupakan kebodohan dalam menegur, sepatutnya dia suruh buang rokok, bukan buang kopiah.


Contoh lain, kaum hijabista bebeh meleleh berkomen jiwang islamik di fb dengan lelaki ajnabi. Penegur tegur: "Kalau nak berzina, buang dulu purdahnya."


Ini adalah kebodohan, sebab yang perlu diseru ialah kepada kebaikan, bukannya seru kepada kejahatan dan galakkan perbuatan mungkar. Penegur dan ditegur, kedua-duanya bodoh.


Jadi mari kita jadi pandai dan keluar dari kebodohan. Kepada penegur, kita mengajak manusia kepada kebaikan, dan mencegah manusia dari kejahatan, bukannya ajak buat jahat dan cegah manusia dari kebaikan.


Yang ditegur pula, perlu muhasabah diri dan berubah kepada lebih baik, bukannya berubah menjadi lebih jahat, sebab Allah dah bagitahu dalam quran yang mafhumnya peringatan itu baik dan bermanfaat untuk orang mukmin. 



Jadi, kalau peringatan yang baik tu tak beri manfaat pada diri korang, bermakna korang belum lagi jadi mukmin sebenar-benar mukmin. Dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan islam.


Nota Kaki : Kebodohan dan kejahilan itu berbeza, jahil itu tiada ilmu, manakala bodoh itu lemah akal. Contoh di atas bukan untuk orang jahil, tapi untuk orang bodoh. Semua orang pun ada ilmu sekurang-kurangnya asas untuk tahu mana baik dan mana buruk, hanya kebodohan sahaja yang membezakan kita samada untuk guna ilmu tu sebaiknya atau spin bagi tunggang terbalik ikut nafsu kita



*Nurul tidak tahu penulis asal, kalau ada yang tahu sila beritahu, Nurul bagi kredit. 
Terimakasih.



Friday, 20 June 2014

Mutiara Iman : Perbualan Dua Malaikat

Mutiara Iman : Perbualan Dua MalaikatAdalah pada suatu musim haji, seorang ulamak yang terkenal dan juga ahli sufi iaitu Hasan Al-Basri pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur.

Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.


Berkatalah Malaikat pertama, " sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini."


Kata Malaikat kedua, " Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.  Kata Malaikat yang pertama, " tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?


" Kata Malaikat yang kedua, "hanya Allah jua yang Maha Mengetahui." Berkata lagi Malaikat yang pertama, "tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?"


"Tidak, jawab Malaikat yang kedua."


Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, "mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur."


Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat  akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.


Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak  memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan  perihal mimpinya itu.



Lalu berkatalah si Tukang Kasut. " Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi  Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal 
yang menyara enam orang anak.


Mutiara Iman : Perbualan Dua Malaikat Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang
baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran. Lalu sayadengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.


Setelah  mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil  keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.


"Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan", berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.


Sumber gambar hiasan dari Google Images

Wednesday, 14 May 2014

Rabu yang bisu # 21

The benefits of bananas

The benefits of bananas

The benefits of bananas


Friday, 2 May 2014

Mutiara Iman : Maksud Allah siapa yang tahu?

Sharing is Caring
Pada satu zaman, ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.

Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang tabib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun dipaksanya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal dengan kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut, kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Allah dan bertanya,

" Ya Allah, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?

Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah ku tunaikan seluruhnya di dunia!"


Kita belajar 4 perkara dari kisah ini:

1. Ada kesalahan mendapat hukuman terus di dunia dan kita terlepas di akhirat nanti.. In shaa Allah.
- Keyakinan ini akan menguatkan lagi iman kita apabila sedang ditimpa musibah.

2. Apabila kita tidak pernah ditimpa musibah, jangan terleka. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. 
- Keyakinan ini mampu menjaga kita dari terus alpa dengan kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

3. Petaka yang menimpa seseorang tidak menunjukkan yang orang itu telah berbuat keburukan. 
- Keyakinan ini akan dapat mencegah kita dari berprasangka buruk dan menyalahkan seseorang itu, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

4. Tiada siapa yang tahu maksud Allah. Apa yang terjadi adalah dengan izin Nya. Selepas berusaha sebaik mungkin dengan daya kemampuan kita sebagai manusia, kita redha, pasrah dan tawakal dengan ketentuan Nya.


Wallahu'alam.


Salam Jumaat. Moga bermanfaat.

Wednesday, 30 April 2014

Rabu yang Bisu # 19

In remote village in Colombia kids go to school using a high-altitude zipline.They carry their younger sibs in hemp sacks. The top speed is 38 MI/h (62 km/h). The length of the zipline at 1,312 ft (400 m).





 

 


Monday, 21 April 2014

Types of girls

Happy Monday Morning!
Ramai ke yang terkena wabak Monday blues hari ni?
Haaaa.. jom kita santai-santaikan Isnin anda dengan posting ni :D

CD-ROM GIRLS
She is always faster and faster


EMAIL GIRLS
Every ten things she says, eight are nonsense


HARD DISK GIRLS
she remembers everything, FOREVER

INTERNET GIRLS
Difficult to access

MULTIMEDIA GIRLS
She make horrible thing look beautiful

SCREENSAVER GIRLS
She is good for nothing but at least she is fun

RAM GIRLS
she forget about you, the moment turn her off

WINDOW GIRLS
everyone know that she can't do a thing right, but no one can live without her

VIRUS GIRLS
Also known as "wife'' when you are not expecting her, she comes, install herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if  you uninstall her you will lose everything...

SERVER GIRLS
Always busy when you need her


Salam Hormat.  Semoga Ceria selalu^^

Friday, 18 April 2014

Mutiara Iman:Kita Ibarat sebiji Pinggan


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa…,
 
-   Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan, lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...

-   Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh…pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya...

-   Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai, tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina...
 
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala...Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita...iaitu SYURGA...

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga...

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah akan menghumbankan kita ke dlm NERAKA JAHANAM yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah…tiada nilainya lagi...

Salam Jumaat . Moga bermanfaat..