Showing posts with label Hormati dan Sayangilah Ibubapa Anda. Show all posts
Showing posts with label Hormati dan Sayangilah Ibubapa Anda. Show all posts

Friday, 12 December 2014

I miss u dad!

Assalamu'alaikum..

Dua tahun yang lalu, pada tarikh ini 12/12/14, Aku kehilangan seorang bapa. Pergi yang tak mungkin akan berganti. Seorang yang aku hormati dan kasihi, aku akui, aku tidak pernah mampu mengucapkan rasa kasih ini, rasa sayang ini, namun jauh direlung hati, aku pasti bapa mengetahuinya, kerasnya kehidupan mungkin mengeraskan hatiku untuk melahirkan kata-kata sentimental begini, namun setiapkali aku balik kampung, aku pasti mengucup tangan bapa dalam-dalam, mungkin dia menyedari mungkin juga tidak.. 



Aku kongsi perasaan hati dalam satu artikel Disember tahun lalu pada tarikh genap setahun pemergian bapa dalam artikel ini << Kenangan mengusik perasaan >> bukan aku menyangsikan kredibiliti seorang doktor, my sis juga seorang doktor dan aku tahu, dia sangat terkilan dengan kecuaian yang tak seharusnya terjadi, dia begitu mengambil berat kesihatan bapa dan sering mengingatkan bapa untuk membawa file perubatannya kemana pun dia pergi untuk memudahkan pihak hospital, namun.. kuasa Allah.. kita berusaha, Allah menentu... kecuaian boleh terjadi pada sesiapapun andai melakukan tanggungjawab sambil lewa.



Tuesday, 17 June 2014

Mengembara mencari Rojak Asma Johor

Assalamualaikum.

Ahad baru lalu ni(15/6/2014), bapa tiba-tiba kata teringin nak makan rojak Asma, pening juga memikirkan.. dimanaaaa ya..macam teringat-ingat je.. tebayang-bayang jee kedai yang menjual rojak Asma tapi lupa kat area  mana..  urmm.. restoran mamak cuma jual basic rojak mamak + mee je, bapa bukan nak yang tu..

Start keta.. Thinkk... thinkk....pandu tanpa tujuan sambil otak ligat berfikir... kat pasar malam biasanya ada jual rojak ni tapi masalahnya, hari ni pasar malam taman mane ea? aduiii... tak sampai hati menghampakan harapan bapa. Sampai area Tampoi baru teringat... haaa... @Mart Tampoi!!

Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Inilah @mart Tampoi Johor (gambar yg ni ihsan googles images)
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Inilah gerai tu, terletak di Medan Selera @mart Tampoi
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Woww..banyak sungguh pilihan..! 
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Sambal sotong kembang ada...
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Sotong goreng tepung pun ada...
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Tempe goreng! ni musti ada..fevret bapa ni..
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
yang ni.. sure kena tolak tepi, Nurul lah yang makan.. haha
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
Peniaga tengah mengisi kuah dalam plastik.. Kuahnya memang sedap,
ngam-ngam pass orang kata :D
Mengembara mencari Asma Rojak Johor
dah sampai umah...Tara!! siap untuk dimakan...

P/S: Rojak Asma ni sama tak dengan Rojak Pasembor Kat Penang tu?