Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Wednesday, 18 February 2015

Sekeping kenangan menggamit sejuta nostalgia

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Sekeping kenangan menggamit sejuta nostalgia

Andai diberi pilihan untuk lahir semula,
Aku masih mahu menjadi anak Bapa dan Mak
Biarpun hidup mungkin sedikit kekurangan
Namun itulah yang membentuk Aku pada hari ini..

Friday, 2 January 2015

Keunikan masyarakat Sabah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nurul nak share satu keunikan budaya di Sabah, di daerah Nurul khasnya, bila ada majlis kawin tak kira islam atau yang beragama lain akan sama-sama datang merayakannya, bukan sahaja majlis kawin tapi termasuklah perayaan yang lain seperti Hari Raya Aidil-Fitri, Hari Natal, Tahun Baru Cina, Pesta Menuai dan perayaan yang lain. Semuanya hidup saling hormat menghormati kepercayaan masing-masing.

My mom, bro and his lovely wife
Gambar selepas upacara kawin gereja, bergambar dikaki altar, ada juga kaum keluarga yang beragama lain yang sama-sama datang menyaksikan detik penting untuk kedua-dua pengantin ini, termasuklah Nurul tidak melepaskan peluang..


My niece and nephew
Flower girls and boys.. sudah bosan duduk dalam bangunan tertutup kot, tu pasal kuar dah skill 'power puff gurlz' ditenangkan oleh 'power rangers' hehehee..


Upacara "I do" sedang berjalan...
Nampak tak nun dihujung bangku yang pertama tu.. kalau zoom bole la nampak.. seorang yang bertudung seperti Nurul turut sama berada dalam church ini..pemandangan seperti ini bukanlah luarbiasa disini..


Relatives sebelah pengantin perempuan
Kelihatan seorang bertudung antara ramai-ramai tu.. tidak janggal untuk turut serta disini, in shaa Allah, kita tahu niat kita, dan mereka pun faham keadaan ini..


Dewan makan
Selepas upacara perkahwinan, tetamu beralih ke dewan Tuaran untuk makan, selesa rasanye lunch disini dewannya berhawa dingin, lebih kurang 1km dari church tadi


Tarian tradisional kadazan dusun
Sambil makan kita dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan Kadazan Dusun oleh kanak-kanak yang comel-comel...


K-POP versi Sabah
Yang ni pula persembahan tarian ala korea.. sangat menghiburkan.. sedang mengadakan persembahan tu, ade plak anak sape ntah menyelit antara penari tu, nampak tak budak kecil bergaun pink tu.. hahaa..


Sibadut yang berjaya mencuri perhatian
Tak lupa juga kehadiran si badut turut sama memeriahkan lagi suasana dengan persembahan silap mata


Line dance dari tetamu..
Tetamu yang hadir sungguh sporting menari line dance bersama.. bukan sekali tapi beberapa kali.. termasuklah poco-poco..


Kelihatan pengantin perempuan menari bersama tetamu yang hadir..
Bahagian tengah dewan, memang sengaja dikosongkan untuk majlis tari menari


Erkkk.. takkan auntie belakang tu pun tunggu belon koooottt.. :D
Seorang lagi badut dengan sabar melayan ramai kanak-kanak yang beratur menantikan belon untuk mereka..



Tidak kiralah siapa pun kita, dimanapun kita berada, kita saling perlu-memerlukan, saling hormat-menghormati, faham-memahami dan bertolak-ansur adalah asas kehidupan bermasyarakat... 

Nurul merasa amat bertuah dilahirkan dalam masyarakat yang begini, sungguhpun Nurul sudah berlainan pegangan kepercayaan namun ikatan kekeluargaan dan persaudaraan tetap terus berjalan seperti biasa, inilah anugerah kehidupan yang tidak ternilai harganya.

Monday, 27 January 2014

Pilih Kasih

Hati anak yang mana tak remuk bila ayah buat tak endah padanya? Bala apa yang dia bawa sehingga ayah sendiri menidakkan kehadirannya dalam keluarga, bukan pintanya untuk lahir kedunia... Itu antara cetusan hati dari seorang lelaki yang kini sudah pun berusia lebih 50 tahun, mata yang basah membayangkan betapa hancurnya hati seorang anak. Membuktikan, lama manapun satu kenangan silam, ia akan kekal bersemadi dalam ingatan.

Kenapa ayah begitu? Satu pertanyaan yang tidak mungkin mampu mendapat jawaban apatah lagi ayahnya itu sudah beberapa tahun meninggal dunia, walaupun semasa hayatnya, ingin sekali beliau tanyakan namun sebagai anak, beliau tidak terluah akan pertanyaan itu. Mungkin juga malu, rasa tak sopan, takut menyinggung perasaan, rendah diri atau tidak sanggup mendengar jawapan? Namun yang pasti, rasa hormat pada seorang ayah masih ada walaupun diperlakukan sebegitu gaya.

"Dulu, ayah pakcik bekerja di Singapura, dua minggu atau sebulan sekali beliau akan balik dan setiapkali balik, beliau pasti membawa buah-tangan, hanya untuk abang pakcik, biasanya baju atau seluar. Masa ayah pakcik pakaikan pada abang pakcik, pakcik menyelit dibelakang pintu sambil melihat, memang rasa sedih dan jauh hati sangat-sangat. Kadang-kadang, kalau ayah pakcik nampak, dia marah, apa tengok-tengok ni? pergi..! pergi...!.." rasa simpati begitu mendalam dalam hati.

Alhamdulillah, pakcik tersebut tidak berdendam dengan ayahnya, menganggap sebagai takdir namun akibat dari keadaan itu, hubungan beliau dengan keluarga terutama ayah dan abangnya, amat renggang sampailah sekarang ini. Siapa yang harus disalahkan?

Secara peribadi,  langsung tidak terfikir untuk melakukan perkara sedemikian pada anak-anak. Anak adalah anugerah Allah, lahir dari darah-daging kita sendiri. Masing-masing lahir dengan kelebihan dan kekurangan. Disetiap kelebihan pasti terselit kekurangan dan dalam setiap kekurangan pasti ada kelebihan.

Hindarkanlah sikap pilih kasih antara anak-anak. Layanan kita akan meninggalkan kesan kejiwaan yang besar pada mereka.. Kasih yang kita beri, in shaa Allah kasih juga yang akan kita dapat. Mudah-mudahan dalam zaman serba maju sekarang ini, mentaliti kita juga semakin tinggi, bukan hanya pada material juga pada spiritual.

Friday, 20 December 2013

Handphone oh handphone...

Nurul selalu melihat keadaan dimana satu keluarga keluar makan, duduk je kat meja makan, anak-anak sibuk keluarkan gadget, sikakak dengan tabletnya, siabang dengan smartphonenya.. ayah atau ibu lepas memesan makanan pun sama.. semua diammmmm membisu seribu bahasa..begitu tekun mengadap gadget memasing sambil tersenyum-simpul, hanyut dalam dunia sendiri, yang jadi mangsa anak-anak kecil tanpa perhatian yang sepatutnya atau Atuk nenek yang turut serta...terpinggir..toleh kiri..toleh kanan...apabila makanan sampai, keadaan itu diteruskan.. sambil makan sambil menghayati gadget.... 

Terfikir dalam hati, bila agaknya masa berkualiti sesama keluarga? setelah seharian bekerja, masa dimeja makan boleh digunakan sepenuhnya untuk berbual, beramah-mesra sesama ahli keluarga. Banyak kejadian yang tidak diingini terjadi berpunca dari kurangnya komunikasi antara keluarga.

Seorang kawan bercerita, semasa makan disebuah restoran, situasi yang agak sama berlaku, satu couple ni tunggu order sampai, yang wanita beriya-iya berbual manja dengan silelaki, sedangkan yang lelaki matanya lekat trusss kat handphone dan tak response langsung pada wanita tu....bengang tak bengang?? kawan Nurul cakap, kalau akulah yang kena camtu....kat situ juga aku jerit.. "Makanlah handphone ko tu..Aku nak balik!!" haha... dengar macam kelakar.. tapi tidak kalau kena kat batang hidung sendiri.. ehehee..

Kadangkan... simbol camni depan mata je pun tak perasan.. atau buat2 tak perasan kot? seringkali juga Nurul perasan, bila announcement semasa flight nak berlepas "...and please switch off your handphone bla..bla..." tapi masih ramai yang masa bodoh aja.. adoiiii... ngeri pun ade.. depa2 ni tak dengar ke yang bende tu bole menganggu system kapal terbang.. urmm... perasaan pentingkan diri sendiri sangat menebal pada sesetengah orang...Malang itu kan tidak berbau...

Handphone ni memang banyak memudahkan kita, yang jauh terasa dekat, yang dekat menjadi rapat.. dulu-dulu dengar suara saja tapi sekarang sudah nampak muka :) tapi disela-sela kebaikan tu, pasti terselit keburukannya juga so.. gunakanlah secara berpada-pada ya :D