Tuesday 14 April 2015

Google Malaysia hacked by Bangladeshi Hackers


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tak perasan sejak pukul berapa Nurul tak boleh masuk buat carian pada Google.. kuar tulisan Webpage not found.. rerasa sekitar 10am gitu la kot, lepas lunch masih lagi sama.. so Nurul pun shutdown and restart.. masuk Google je.. ikss.. benda ala ape la plak berpusing-pusing.. bila stop je.. kuar benda kat bawah ni..

Google Malaysia hacked by Bangladeshi hackers

Didorang rasa ingin tahu, Nurul cari maklumat siapa sebenarnya Hackers ini dan tujuan mereka dimana membawa Nurul ke satu website Unit Sistem Maklumat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.


Dimana menurut mereka :

Hacker adalah orang yang "memecah masuk" komputer dan rangkaian sistem komputer, sama ada untuk mendapat keuntungan ataupun didorong oleh cabaran.Dahulunya budya menggodam sebenarnya berasal daripada kumpulan bawah tanah..tetapi telah berkembang dan kini terbuka kepada masyarakat.Penggodam merupakan seseorang yang menikmati meneroka butiran sistem atur cara dan bagaimana hendak meningakatkan keupayaan komputer tersebut. Mereka juga mempunyai pemahaman intim dan meluas mengenai mekanisme dalaman sistem komputer dan rangkaian komputer khususnya.


Sikap Penggodam :

Beberapa kumpulan kecil bawah tanah komputer dengan sikap dan matlamat yang berbeza menggunakan syarat-syarat yang berbeza untuk menanda diri antara satu sama lain, atau cuba untuk menyisihkan beberapa kumpulan tertentu yang mereka tidak bersetuju. Terdapat kategori yang berlainan, seperti White hat,Grey hat,Black hat dan script kiddie.


Ingin tahu lebih lanjut tentang jenis-jenis penggodam yang diperkatakan itu? silalah melungsuri laman web mereka ye :))





No comments :