Friday, 20 June 2014

Mutiara Iman : Perbualan Dua Malaikat

Mutiara Iman : Perbualan Dua MalaikatAdalah pada suatu musim haji, seorang ulamak yang terkenal dan juga ahli sufi iaitu Hasan Al-Basri pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur.

Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.


Berkatalah Malaikat pertama, " sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini."


Kata Malaikat kedua, " Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.  Kata Malaikat yang pertama, " tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?


" Kata Malaikat yang kedua, "hanya Allah jua yang Maha Mengetahui." Berkata lagi Malaikat yang pertama, "tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?"


"Tidak, jawab Malaikat yang kedua."


Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, "mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur."


Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat  akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut.


Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak  memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan  perihal mimpinya itu.



Lalu berkatalah si Tukang Kasut. " Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi  Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal 
yang menyara enam orang anak.


Mutiara Iman : Perbualan Dua Malaikat Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang
baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran. Lalu sayadengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.


Setelah  mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil  keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.


"Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan", berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.


Sumber gambar hiasan dari Google Images
Post a Comment