Thursday 24 January 2013

Minuman Rumpai Laut utk kesihatan

KESIHATAN ~ Utusan Online

ARKIB : 24/01/2012

Minuman rumpai laut untuk kesihatan





Kamlyzan Karim Abdullah bersama Norhaizan Shood menunjukkan produk berasaskan rumpai laut keluaran syarikat mereka.



APABILA menyebut rumpai laut mungkin ada yang membayangkan tumbuhan itu sama seperti rumput atau lumut. Malah ramai yang ragu-ragu dan takut untuk memakan atau meminum minuman yang mengandungi bahan tersebut.
Bagaimanapun jika anda pernah meminum minuman yang dicampur dengan rumpai laut ia sebenarnya sedap tanpa ada rasa yang pelik.
Malah minuman yang dicampur dengan rumpai laut ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.

Menyedari khasiat rumpai laut, Kamlyzan Karim Abdullah bersama isterinya, Norhaizan Shood tertarik untuk memproses dan mengedar minuman berasaskan rumpai laut melalui Izan's Trading.
''Kami mendapatkan rumpai laut dari Semporna, Sabah. Euchima cottoni (Kappaphycus Alvarezi) merupakan salah satu daripada spesies rumpai laut yang ditanam di kawasan tersebut. Kami hanya menggunakan spesies ini yang berkualiti tinggi.
''Euchima cottoni mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti serat tinggi, kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, iodin, omega 3 dan anti oksidan.
''Ini adalah rumpai laut organik yang ditanam secara pancang tanpa baja dan racun. Ia berwarna emas dan bergred AAA. Ia akan direndam dahulu sehingga hancur sebelum diproses untuk dijadikan minuman,'' katanya.

Oleh kerana rumpai laut mengandungi serat yang tinggi, ia memudahkan penghadaman dan dapat membantu mengatasi masalah sembelit.
Selain minuman, Izan's Trading turut mengeluarkan jem kurma, lobak merah dan buah naga merah yang turut dicampur dengan rumpai laut.

''Jem kurma kami diperbuat daripada kurma yang umum mengetahui mengandungi serat yang tinggi dan gula daripada buah-buahan yang tiada kolesterol dan lemak.
''Pada masa ini, minuman, kordial dan jem ini dijual di koperasi-koperasi seluruh Negeri Sembilan dan di sekolah-sekolah di Shah Alam. Kami turut mendapat permintaan daripada Johor, Kedah, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei,'' tambah Kamlyzan.
Usaha Izan's Trading memperkenalkan minuman yang berasaskan rumpai laut ini diiktiraf oleh Jabatan Perikanan yang menjadikan syarikat itu sebagai anak angkat.

Sumber

No comments :