Saturday, 26 January 2013

UKM dipilih sebagai Pusat Penyelidikan Hiliran Rumpai Laut

SELASA, 14 SEPTEMBER 2010 00:00
Oleh Kuah Guan Oo

BANGI,  14 September 2010 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dipilih menjadi pusat penyelidikan hiliran untuk rumpai laut di negara ini dengan sasaran mendapatkan 10 produk makanan dan 10 lagi bukan makanan daripada tanaman marin itu.


Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah bersetuju memberi gran RM8.1 juta untuk membiayai penyelidikan selama dua tahun itu. UKM telah menerima dana awal RM1juta bagi projek itu pada 27 Ogos lalu.

Dr Nazaruddin Ramli, 44, seorang pensyarah kanan di Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan UKM, perancang bagi projek itu berkata ia bermula apabila beliau menganjurkan satu bengkel mengenai rumpai laut untuk saintis dan pakar marin dan yang berkaitan serta pegawai perikanan dan pertanian di Putrajaya Januari lalu.

Mereka terdiri dari para pakar, saintis, penyelidik dan pegawai bersangkutan dari UKM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia (USM), Mardi, Jabatan Perikanan, Institiut Penyelidikan Perikanan (di Batu Maung, Pulau Pinang) dan Unit Perancangan Ekonomi.

Hasil daripada persidangan itu, beliau diminta merangka satu kertas konsep dan cadangan untuk menjalankan penyelidikan hiliran mengenai penggunaan komersial  rumpai laut yang didapati di perairan Malaysia.

Cadangan beliau itu diluluskan dan hasilnya, Pusat Penyelidikan Industri Hiliran Rumpai Laut (SDRC) telah ditubuhkan bersama Jabatan Perikatan di UKM.

Dr Nazaruddin, yang memperolehi ijazah Ph.Dnya  mengenai enzim dan teknologi proses-bio di UPM pada 2008, adalah Penyelaras bagi SDRC.


 Beliau memberitahu mereka telah mengenalpasti 11 jenis rumpai laut didapati di perairan Malaysia dan saintis serta penyelidik dari UKM, UMS, UM, UPM dan pakar-pakar lain yang terlibat akan cuba mendapatkan 10 produk makanan dan 10 lagi produk bukan makanan berdasarkan bidang pengkhususan dan kepakaran mereka masing-masing.

Bagi bahan makann, saintis dan penyelidik terlibat akan mendapatkan ramuan digunakan untuk membuat antara lain, produk daging, mi, manisan di samping bahan antioksidan.

Bagi produk bukan makanan, mereka akan mengkaji kemungkinan membuat plastik-bio, sensor-bio, baja-bio dan seumpamnya.

Dr Nazaruddin Ramli boleh dihubungi  melalui: naza@ukm.my
Tel: 603 8921 3817

8 comments :

Wahyu Alfiansyah said...

Universiti ni popular di Malaysia ya cik? UKM..

Nurul Hidayah said...

Betul sekali Wahyu, salah satu Universiti kebanggaan kami.. beside UM, USM, UTM dan banyakkk lagi..

Jiran Nurul seorang indonesian, dia mengatakan yang selepas anaknya menghabiskan sekolah disini, Insya'allah dia akan menghantar anaknye belajar di Universiti Gajahmada, bahagian dental.. dia juga mengatakan yang universiti tu sangat bagus dan terkenal sekali.. betul?

Wahyu Alfiansyah said...

Owh, pantas tuh dipilih tempat research..

Yups, betul Cik, Its popular beside ITB..

Saya tak tahu arti "Jiran"? Its Name or ?

I thought its mean friends or neighbor.. betul tak?

Nurul Hidayah said...

Nurul tanye pakcik google, ITB tu Institut Teknologi Bandung ya?..

Tekaan Wahyu tepat.. Jiran maksudnya neighbor^^

Wahyu Alfiansyah said...

Betul Ukhti, Its very very popular here.. :)
yeee :D

Jadi Paham lebih bahasa Melayu ^^

Nurul Hidayah said...

ooo.. dapat info baru ni^^..

Pepatah orang sini cakap.."sikit2 lama2 jadi bukit"
sesuatu yang kita buat/belajar sedikit2, lama kelamaan menjadi banyak"

I noticed that u like to address people as Ukhti, apa maksudnya?

Wahyu Alfiansyah said...

Ukhti is call from Arabian language (Islam) means:
Sister/ kakak perempuan..

Simple like "Cik" understand..?? ^_^

Nurul Hidayah said...

faham cikgu^^... Thanks atas infonya :)