Monday 13 May 2013

Rumpai laut sumber pendapatan tambahan



LAHAD DATU 6 Feb. - Keunikan dataran lumpur Semenanjung Dent yang mempunyai terumbu karang dan pelbagai jenis rumpai laut bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negeri, tetapi turut menyumbang pendapatan tambahan kepada kira-kira 400 penduduk Kampung Sinakut di sini.


Aktiviti ternakan rumpai laut itu merupakan industri hiliran kecil-kecilan kepada keluarga nelayan itu yang dijadikan sebagai pendapatan tambahan kepada pendapatan hakiki mereka yang bergantung kepada hasil laut.


Sehubungan itu, mereka amat mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang giat memulihara alam sekitar kawasan dataran lumpur semenanjung berkenaan.


Seorang penduduk, Jimi Uddin berkata, sebagai nelayan, selain meraih pendapatan harian dengan menangkap ikan mereka kini giat menceburi ternakan rumpai laut.
''Golongan nelayan banyak bergantung kepada sumber laut, selain itu, kami juga mengusahakan ternakan rumpai laut sebagai pendapatan tambahan.



"Walaupun pendapatan yang diperoleh menerusi ternakan rumpai laut tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya ia akan menambah pendapatan nelayan yang menjalankan projek itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


Seorang lagi penduduk, Paklah Samad berkata, pada masa ini, golongan di kampung itu tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pendapatan menangkap ikan yang ada kalanya tidak menentu terutama pada musim tengkujuh.


''Sekurang-kurangnya kami mempunyai pilihan. Jika tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh kami boleh mengusahakan ternakan rumpai laut.
''Pencemaran alam sekitar yang berlaku bukan sahaja akan mengakibatkan nelayan kehilangan punca mata pencarian utama tetapi turut menjejaskan hidupan laut," katanya.
Sumber
Sumber Photo : Google

6 comments :

Unknown said...

rumpai laut semakin byk permintaan....diharap tak ada lah sistem org tengah yg mengaut keuntungan melampau utk industri rumpai laut ni...hehe mungkin kerjaan boleh tubuhkan satu badan kot utk tolong diorg....

Nurulhidayah said...

Betul Timi.. semakin ramai yg aware ttg kebaikan rumpai laut ni..Nurul harapkn begitu juga^^

Unknown said...

kebaikan alam itu harusnya ditanggapi dengan baik dan si alam juga harus dijaga dengan baik.

alam untuk dijaga, tidak hanya untuk diambil kekayaannya, thanks cik...
mengingatkan saya akan, alam ini yang kian tercemar.

Nurulhidayah said...

Nurul setuju dengan Yayu.. bak kata orang2, alam ini bukan kita warisi dari nenek moyang kita tapi kita pinjam dari anak cucu kita.. sudah selayaknya Alam dihargai dan dijaga.

Rumpai Laut ini sebenarnya tidak hidup dikwsn laut yg tercemar, ia memerlukan penjagaan rapi dari suhu air, angin dan sebagainya.. Nurul rasa, dengan adanya ternakan rumpai laut ini sedikit sebanyak kawasan laut kita juga akan turut terpelihara.. Insya'Allah^^.

Terimakasih berziarah^^

Unknown said...

tetap rezeki yg halal :)

Nurulhidayah said...

...tu yang terpaling penting tu :D