Monday, 4 August 2014

Marhaban datang lagi!

Assalamua'laikum..

Masih berada dibulan Syawal.. masih dalam mood raya :) seperti kebiasaan pada tahun-tahun lepas, taman Nurul duduk ni mengadakan Majlis Marhaban rumah ke rumah mengikut rumah yang menjemput. Marhaban sambil beraye bersama Jiran tetangga, diadakan masa weekdays, weekend aktiviti sendiri. Marhaban pertama Syawal ni telah diadakan pada 03/08/2014.. rumah pertama sekali dengan bacaan Yassin untuk ahli keluarga mereka yang meninggal awal bulan Ramadhan..


Bacaan Yassin
Marhaban... marhaban ya marhaban... :)

Bagi pendapat Nurul, aktiviti sebegini amat baik untuk saling mengenali dan beramah-mesra dengan jiran tetangga, untuk mereka yang bekerja seperti Nurul, masa untuk berbual dan mengenali jiran tetangga amat terhad sekali, dengan adanya aktiviti begini, walaupun cuma setahun sekali, dapat menjaga hubungan baik sesama jiran setaman, ada juga jiran dari taman kiri dan kanan menyertai sama, secara tak langsung, menambahkan lagi kawan-kawan.


Selepas mengadakan Marhaban, kita beraye dirumah yang menjemput, mengikut keikhlasan tuanrumah..
Marhaban pertama, kita disajikan dengan Nasi Beriani.. perghh.. memalam tu disajikan dengan set nasi beriani... hebat tak hebat... haha.. oye, marhaban kat taman Nurul ni start pukul 8 malam..


Nasi Beriani Daging/Ayam/Kambing

Mengeratkan juga hubungan sesama keluarga
Alaaa... comehnya akak dia ni... 

Dan yang paling penting sebenarnya, bukanlah terletak pada makanan atau apa yang disajikan tapi saling meghulurakan salam dan bermaafan diakhir majlis..


Sorang..sorang narr...tunggu giliran :)
Memohon ampun dan maaf

Mengikut pandangan mata Nurul ni, rata-rata yang datang untuk majlis marhaban ni adalah golongan lingkungan 45tahun dan keatas.. jarang kelihatan yang agak muda macam Nurul ni..(muda la sangat.. hahaa..)
Kalau ikut pada hati Nurul, memang rasa malas dan rasa 'tidak penting' untuk join majlis ni begitu menebal tapi kena lawan juga atas sebab-sebab yang Nurul sebutkan awal-awal entry ini.. urmm.. kalau ikutkan hati, duduk TV goyang kaki lagi best sesambil makan kuih raya.. uhukss.. tapi kita ni Hidup bermasyarakat, kenalah pandai membawa diri.. betul kan? :))


Post a Comment