Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Tuesday, 2 December 2014

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah


Assalamu'alaikum..

Sekarang ni musim cuti sekolah mesti ramai yang dah buat plan nak pegi bercutikan? Sesiapa yang bercadang nak bercuti ke Sabah atau tepatnya di Kundasang, Sabah, bolehlah masukkan chalet ini sebagai salah satu pilihan kediaman anda semasa bercuti disana.. seperti biasa, penceritaan berpandukan gambar.. eheheee :p

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Perjalanan menuju Kinabalu View Chalet damai dengan pemandangan
 kampung nan hijau di kiri kanan jalan.. memang rasa best sangat..
Sampai sudah! Kita akan melewati Kiram's Village Chalet untuk sampai  sini

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Cantik dan kemas sungguh chalet ini.. rasa sangat
berpuashati.. si genk tengah siapkan bbq!

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Tu anak saudara, comel kan? zass sana..zas sinii.. haha.. budak2 la katakan
Depan jalan terus tu adalah pejabat.. nak daftar dulu bah.. 

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Buka je pintu.. TARA!! nampak meja makan super
comel ini! LIKE!!
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Ini pula dapurnya.. lengkap dengan dapur masak, periuk
belanga, pinggan mangkuk, pembuka tin pun ada uolls
haha..  peti sejuk, pemanas air elektrik, complete!
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Tangga menuju atas, sape yang ada anak kecik tu kena
extra berhati-hati la.. macam my sis, dia tarik sofa tutup
tangga tu.. melalak jugalah si kecik.. hahaa..apa taknya
tempat permainan fevret dihalang.. hahaa

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Ni pandangan tingkat atas selepas melalui tangga diatas
tadi..  ruang sangat luas dan selesa.. 

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Dikiri dan kanan tingkat atas ni ada balcony! untuk
menikmati alam sekeliling, pemandangan yang indah
dalam suasana sejuk dengan perasaan bersyukur dengan
nikmat yang Allah beri..

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Inilah pemandangan dari balcony atas tadi tu.. kena bangun awal pagi..
gigil2 la juga menahan sejuk.. haha.. but worth laa.. tengok pic atas tu..
Magestic gunung Kinabalu.. superb right?
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Malam hari sambil bbq sambil layan lagu.. tengok tu, mug pun kena bbq juga...
haha.. bukan ape, nak memastikan supaya air dalam tu sentiasa panas,
sejuk bah sini :)) suasana sejuk dan tenang...chalet kat sini cuma ada 4 je,
bunyi/suara bising dari Kiram's village Chalet agak menganggu suasana..
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Pandangan dari belakang chalet

 Nurul akan kesini lagi jika ada kesempatan, Nurul suka dengan suasana dan chaletnya, bersih dan very spacious. Chalet ini yang paling besar/luas antara chalet yang lain, dengan harga RM400/malam memang sangat berbaloi dan sangat sesuai bagi yang bercuti dengan keluarga besar.. Nurul datang ke sini dengan mak, adik beradik serta anak2 saudara.

Bilik bawah ada satu bilik dengan katil queen dan di hallnya ada satu katil double deck, dapur lengkap, verandah serta bilik air, manakala tingkat atas pula, ada satu private room with queen bed dan dua tilam single, ruang luar pula(hall) ada 5 single bed, satu bilik air, dua balcony, dan ruang masih luas.

Nurul juga berharap agar pihak pengurusan Kinabalu View Chalet akan terus mantain the good service dan kebersihan chalet juga keharmonian kawasan sekitar.

Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang
Tel : 016-5836798 / 011 2986 4589
Email : kinabaluview10@gmail.com


Monday, 9 June 2014

Cuti-cuti Malaysia : Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia

COLMAR TROPICALE yang terletak di Berjaya Hills Resort Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Berdekatan dengan Genting Highlands. Ia terkenal dengan bangunan bertemakan French- Colmar.
Jom.. biarkan gambar berbicara plak..

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Convention Center, bangunan yang pertama kita jumpa selepas pondok membayar Entrance Fee
Boleh park kereta kat sini, tapi agak menapak kebawah atau boleh juga terus lagi menuju
kebawah dan parking dibawah hotel

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Memandu dari Convention Center kita akan menuju kesini, parking bas area dan mencelah masuk antara bas
menuju parking bawah hotel

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
dari mencelah masuk antara bas, kita akan sampai kesini dan bolehlah mencari parking.

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Dari lobby hotel kita akan keluar kesini

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Buat masa ini, hanya dua deret bangunan yang ada, seperti dalam gambar.

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Bangunan yang berwarna-warni dengan senireka bertemakan French

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Tangga menuju kebawah, dimana terletaknya kolam/terusan
yang merupakan kediaman Swan putih dan hitam

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Teruja melihat Swan putih..

Cuti-cuti Malaysia : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia
Jarang melihat Swan hitam...


Personal Review : Dengan Entrance Fee sebanyak RM12/dewasa dan RM8/kanak-kanak(12yrs kebawah). Masih berbaloi untuk melihat suasana 'luarnegara' yang ada disini. Makanan memang agak mahal, sesuai sebagai kawasan pelancongan. Sejujurnya, apa yang Nurul bayangkan dan harapkan sebelum menjejakkan kaki kesini memang berbeza.

Kalau ditanya adakah Nurul akan kembali kesini? Yes! Kalau Nurul duduk sekitar KL sebab dekat dan bolehlah masuk list lepak-lepak malam atau hujung minggu, tapi memandangkan Nurul duduk JB so pilihan buat masa ni jatuh kepada tidak, melainkan ada penambahan..


Tuesday, 15 April 2014

Cuti-cuti Malaysia : La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Rasa tak betapa damai nye pemandangan dari sudut ni?

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Pic ni amik dari arah masuk ke Water theme park, kite masuk dari arah depan tembok kuning tu..
kat situ tempat makan2 dan kedai souvenier

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Swimming pool utk kanak2, cetek je swimming pool ni..

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Santai kat sini sambil membaca dan layan jajannn..

La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Prasan tak longsor air  color biru tu?? hisshhh... gayat! tinggiiiii...
kene gune boya kalau nk longsor, laju plak tu turunnye.. takmo..takmo...


La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Ni pun kolam kanak2... yg ade cendawan hujan tu,
kolamnya lebih dalam sedikit dari yg sebelahnye tu..
La Stella Water Theme Park@Starhill Golf & Country Club, Johor Bahru
Dak ber2 ni tersnap le plak.. tak tau la anak sapo.. huhu.. depan dak ber2 tu pasir, 
bole ler buat istana pasir kat situ.. 

La Stella terletak dalam Starhill Golf & Country Club, Kempas, Johor Bahru. Ia sebenarnya private club tapi untuk non-member pun boleh masuk, bayar kat registration counter, lebihkurang RM10++ sorang (Weekdays), RM15++ (Weekend). Kanak-kanak bawah 4thn dan warga emas 55thn free entrance. Kena pakai tag (macam kat Genting tu..) barulah dibenarkan masuk.. Seronok ke sini sebab tak crowded, ade life guard, kemudahan yang excellent. Makanan luar tidak dibenarkan masuk tapi makanan dan minuman reasonable price.


Friday, 14 February 2014

Cuti-cuti Malaysia : Merang, Terengganu, Malaysia

 
  

Info lanjut klik  The Aryani Resort

Personal review(dari kacamata seorang pelanggan) : 3/5

Reason : Chalet/interior kurang penyelenggaraan, Water heater tidak berfungsi.
beach house tidak digunakan/tidak terjaga, Satu chalet yang atap/bumbung hadapannya rosak/bocor mengganggu pemandangan. Sarapan pagi RM28/head/adult tidak munasabah dengan sarapan yang disediakan. (roti + kordial oren, ayam(macam masak kari), Nasi(mungkin nasi minyak sebab brminyak), kacang panggang(dalam tin punya), telur goreng, sosej, buah, teh & kopi)

Kelebihan : Suasana persekitaran yg sunyi dan tenang, laut/pantai/ombak yang cantik. Sesuai untuk honeymoon.