Tuesday 2 December 2014

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah


Assalamu'alaikum..

Sekarang ni musim cuti sekolah mesti ramai yang dah buat plan nak pegi bercutikan? Sesiapa yang bercadang nak bercuti ke Sabah atau tepatnya di Kundasang, Sabah, bolehlah masukkan chalet ini sebagai salah satu pilihan kediaman anda semasa bercuti disana.. seperti biasa, penceritaan berpandukan gambar.. eheheee :p

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Perjalanan menuju Kinabalu View Chalet damai dengan pemandangan
 kampung nan hijau di kiri kanan jalan.. memang rasa best sangat..
Sampai sudah! Kita akan melewati Kiram's Village Chalet untuk sampai  sini

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Cantik dan kemas sungguh chalet ini.. rasa sangat
berpuashati.. si genk tengah siapkan bbq!

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Tu anak saudara, comel kan? zass sana..zas sinii.. haha.. budak2 la katakan
Depan jalan terus tu adalah pejabat.. nak daftar dulu bah.. 

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Buka je pintu.. TARA!! nampak meja makan super
comel ini! LIKE!!
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Ini pula dapurnya.. lengkap dengan dapur masak, periuk
belanga, pinggan mangkuk, pembuka tin pun ada uolls
haha..  peti sejuk, pemanas air elektrik, complete!
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Tangga menuju atas, sape yang ada anak kecik tu kena
extra berhati-hati la.. macam my sis, dia tarik sofa tutup
tangga tu.. melalak jugalah si kecik.. hahaa..apa taknya
tempat permainan fevret dihalang.. hahaa

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Ni pandangan tingkat atas selepas melalui tangga diatas
tadi..  ruang sangat luas dan selesa.. 

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Dikiri dan kanan tingkat atas ni ada balcony! untuk
menikmati alam sekeliling, pemandangan yang indah
dalam suasana sejuk dengan perasaan bersyukur dengan
nikmat yang Allah beri..

Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Inilah pemandangan dari balcony atas tadi tu.. kena bangun awal pagi..
gigil2 la juga menahan sejuk.. haha.. but worth laa.. tengok pic atas tu..
Magestic gunung Kinabalu.. superb right?
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Malam hari sambil bbq sambil layan lagu.. tengok tu, mug pun kena bbq juga...
haha.. bukan ape, nak memastikan supaya air dalam tu sentiasa panas,
sejuk bah sini :)) suasana sejuk dan tenang...chalet kat sini cuma ada 4 je,
bunyi/suara bising dari Kiram's village Chalet agak menganggu suasana..
Cuti-cuti Malaysia : Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang Sabah
Pandangan dari belakang chalet

 Nurul akan kesini lagi jika ada kesempatan, Nurul suka dengan suasana dan chaletnya, bersih dan very spacious. Chalet ini yang paling besar/luas antara chalet yang lain, dengan harga RM400/malam memang sangat berbaloi dan sangat sesuai bagi yang bercuti dengan keluarga besar.. Nurul datang ke sini dengan mak, adik beradik serta anak2 saudara.

Bilik bawah ada satu bilik dengan katil queen dan di hallnya ada satu katil double deck, dapur lengkap, verandah serta bilik air, manakala tingkat atas pula, ada satu private room with queen bed dan dua tilam single, ruang luar pula(hall) ada 5 single bed, satu bilik air, dua balcony, dan ruang masih luas.

Nurul juga berharap agar pihak pengurusan Kinabalu View Chalet akan terus mantain the good service dan kebersihan chalet juga keharmonian kawasan sekitar.

Kinabalu View Chalet, Mesilau Kundasang
Tel : 016-5836798 / 011 2986 4589
Email : kinabaluview10@gmail.com


No comments :