Thursday, 21 February 2013

Rahsia Kolagen

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD AZIM ABUL RAHMAN


Dr. Zhi Lu menerangkan mengenai kelebihan Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment.
SEJAK kebelakangan ini perkataan kolagen menjadi begitu sinonim dengan kehidupan wanita. Banyak produk kesihatan yang dihasilkan mengandungi kolagen yang didakwa mempunyai banyak khasiat untuk tubuh terutamanya kulit.

Tubuh manusia sebenarnya menghasilkan kolagen sendiri namun ia akan berkurangan dengan kadar 1.5 peratus pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.

Kesan penurunan itu mula dirasa kira-kira 10 tahun kemudian bergantung kepada individu.

Selepas usia 45-50 tahun, tubuh akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada, membawa makna semakin tua seseorang itu maka semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Itu tentang kolagen dalam tubuh, bagaimana pula kolagen itu membantu kecantikan terutama kulit wajah seseorang?

Pengarah Serantau Kajian & Penyelidikan Avon, Dr. Zhi Lu, berkata, penemuan terbaru dari makmal Neostrata Company Inc telah menemukan Amino-fill33 (A-F33), iaitu molekul anti penuaan pertama seumpamanya dalam industri yang belum dimiliki sesiapa, biarpun ahli dermatologi.

Katanya, penemuan terbaru molekul anti penuaan ini menjanjikan revolusi terkini dalam landskap penjagaan kulit.

"A-F33, sebenarnya merupakan unsur dari asid amino. Ia mempunyai kesan yang tidak sama dengan bahan anti penuaan lain seperti asid hidroksi alfa dan Co Q10, juga kolagen yang disuntik dalam tubuh seseorang.

"Molekul A-F33 bertindak dengan cara menyekat mekanisme yang menghentikan pengeluaran fiber kolagen.

"Penghasilan fiber kolagen adalah penting kerana ia menggalakkan pertumbuhan kolagen yang baik.

"Dengan menyahaktifkan halangan kolagen kritikal dalam sel kulit melalui kandungan molekul A-F33, kolagen yang tidak digunakan kembali aktif," katanya pada majlis pelancaran Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment.

Produk terbaru oleh Avon yang diperkaya dengan formula A-F33 ini membantu mengurangkan kedutan dalam dan garis halus dalam hanya 14 hari.

"Pro-line Eraser yang mengandungi A-F33 dihasilkan khusus untuk menggalakkan penghasilan kolagen dalam masa hanya tiga hari.

"Ia juga sebagai stimulasi untuk penghasilan kolagen yang berfungsi untuk membantu mengurangkan garis halus, kedutan dan keanjalan kulit," ujar Dr. Zhi Lu yang didatangkan khas dari Shanghai, China ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, hasil kajian menunjukkan dengan penggunaan berterusan, 100 peratus wanita menunjukkan perubahan dalam garis halus.

"Dalam satu lagi kajian kami mendapati sehingga 50 peratus perubahan keseluruhan pada garis halus dan kedutan dalam masa 11 minggu.

"Kesan yang pantas dan lebih berkesan berbanding rawatan kedutan yang diinspirasikan dermatologi lain sebelum ini.

"Dari hasil kajian itu juga kami mendapati lima daripada 10 wanita yang mempertimbangkan prosedur kosmetik Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment mengatakan serum ini memperbaiki kulit dan mereka membuat keputusan untuk menangguhkan prosedur kosmetik.

"Kedutan dalam mula pudar hanya dengan penggunaan dua minggu pertama adalah sesuatu yang menakjubkan bagi anti-penuaan topikal," tambah Dr Zhi Lu, yang berkelulusan dalam bidang kimia polimer dari Universiti Pennsylvania.

Majlis turut dihadiri oleh Duta Anew, Soo Wincci dan pengguna Anew Clinical Pro Line Eraser Treatment, Maria Tunku Sabri dan Nani Rostam.
Sumber

4 comments :

Unknown said...

Knooock....knock...knock...!!!
helo!
kunjungan lagi nih,
hehe, indahnya silaturahmi

postingan sist, mengingatkan an tentang umur nih..
hehehe, waktu terasa betapa cepat berlalu...

terimakasih folbacknya sist, perkenankanlah saya belajar bersama sista.. ^_^

Nurulhidayah said...

Seronok menerima kunjungan para tamu ;P..

umur memang nggak bisa ditahan2..
suka atau tidak, ia akan terus mengalir,
tanpa menoleh kebelakang,

Yayu, saya tiada apa yang dapat diajari, mohon tunjuk ajar dari Yayu :)blog Yayu cantik sekali

Hana said...

owh. kena start makan kologen tahun depan

Nurulhidayah said...

Masuk Azam baru tahun depan ea? :)