Sunday, 17 February 2013

Teknik Terbaik Lenyapkan Wajah Kusam

Rawatan Kulit

Antara masalah kulit wajah yang kerap dihadapi oleh seorang wanita ialah:

Kulit Kusam Dan Gelap 
 Penyebab:
Tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.

CARA MUDAH:
Gunakan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon, tretinoin yang ditambah dengan krim pemutih. Walaupun di kebanyakan negara bahan pemutih ini tidak boleh digunakan namun hydroquinon memberikan hasil yang terbaik untuk mengatasi masalah pigmentasi selain memutihkan kulit wajah tetapi jumlahnya tidak boleh lebih dari empat peratus. Antara produk pemutih lain ialah arbutin, kojic acid, ekstrak mulberry mahu pun vitamin C. Sebulan sekali lakukan chemical peeling dan glycolic acid. Penggunaan krim vitamin A mahu pun chemical peeling pada kulit sememangnya akan menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia merangsang pembentukan darah yang lebih baik, membuang sel-sel kulit mati dan memperbaharui sel-sel kulit. Namun perlu dilakukan secara berhati-hati pada kulit yang sensitif.
Peringatan:
Pemakaian hydroquinon harus dilakukan di bawah pengawasan pakar kulit untuk mengelakkan kesan sampingan.

CARA MODEN:
Rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan rawatan laser seperti laser ablative (CO2), non ablative dan teknologi fractional. Laser merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit dapat menyerap nutrisi dengan lebih baik. Laser juga memiliki kepekaan terhadap sel warna atau pigmen kulit sehingga mampu memecahkan sel pigmen tersebut dan menjadikan kulit tampak lebih cerah.
Peringatan:
Untuk hasil yang lebih baik rawatan laser harus diikuti dengan rawatan di rumah yang bersesuaian dengan keadaan kulit.


Parut 
Penyebab:
Bekas jerawat, bekas luka dan genetik

CARA MUDAH:
Penggunaan produk pengelupasan dan chemical peeling dengan glycolic acid dapat membantu memperbaiki keadaan parut sehingga ia tidak kelihatan terlalu dalam. Walau bagaimana pun rawatan chemical peeling perlu digabungkan bersama dengan rawatan mesin seperti mikrodermabrasi dan dermaroller. Chemical peeling berfungsi untuk membuang dan memulihkan sel-sel  kulit mati. Selain itu mikrodermabrasi dengan sistem vakum dan kristalaluminium oxide mempunyai daya sedutan yang tinggi sehingga mampu mengangkat sel-sel kulit mati di permukaan kulit selain meratakan kontur kulit. Manakala dermaroller pula merupakan roll yang berisi jarum-jarum halus. Ia bertujuan untuk menimbulkan luka  pada kulit sehinggga kulit bertindak balas bagi  memperbaiki luka tersebut dengan meningkatkan nutrisi dan peredaran darah pada kulit. Langkah ini juga turut merangsang terjadinya natural collagen induction iaitu proses secara natural yang merangsang penghasilan kolagen dan keanjalan pada kulit tanpa merosakkannya.

CARA MODEN:
Suntikan botox mampu menyamarkan kedutan di sudut tepi mata dalam waktu yang singkat. Rawatan ini sekaligus mencegah timbulnya kedutan baru pada  bahagian tepi mata. Selain itu juga ia merupakan bonus untuk eye lift kerana otot yang ‘dilumpuhkan’ sementara dengan suntikan botox akan mencegah turunnya alis. Hasilnya bahagian sekitar mata pun akan nampak lebih lebar.

Radiofrequency:
Kesan panas yang dirasai boleh merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit kelihatan lebih tegang.

Fractional CO2:
Fungsi rawatan ini ialah ‘mengambil’ lebihan kulit akibat kedutan kerana masalah kekeringan pada bahagian ini sehingga kedutan menjadi semakin pudar.   Seeloknya rawatan ini dilakukan sebulan sekali.

Peringatan:
Mungkin wajah akan kelihatan merah dan lebam akibat kesan daripada suntikan yang dilakukan. Oleh itu pastikan langkah ini mendapat pemantauan dari pakar yang bertauliah.

Kulit Kendur
Penyebab:
Rosaknya kolagen dan elastin yang merupakan dua zat yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Kerosakan ini boleh berlaku akibat dehidrasi, menipisnya dermis kerana proses penuaan mahu pun paparan yang berlebihan pada sinar cahaya matahari.

CARA MUDAH:
Sapukan krim yang mengandungi centella asiatica, urosolic acid dan tetrahydrocurcumin. Krim ini berfungsi untuk ‘menghapuskan’ enzim yang menjadi  penyebab menurunnya kualiti kulit seperti collagenase dan elastase.

CARA MODEN:
Photo Rejuvenation Dikombinasikan dengan rawatan Fractional CO2 untuk merangsang penghasilan kolagen dan membuang lebihan kulit.

Thermage
Tenaga daripada frekuensi radio ini mampu menembusi lapisan dermis kulit, mengaktifkan kolagen dan merangsang jaringan baru sel kulit seterusnya membantu menjadikan kulit lebih segar dan muda. Rawatan Thermage berfungsi untuk menghantar tenaga frekuensi radio secara merata ke jaringan kulit yang dikehendaki.
Tenaga tersebut memanaskan kulit bahagian dalam sekaligus melindungi kulit bahagian luar dengan pendinginan. Pemanasan dan pendinginan secata
serentak ini membuatkan kulit bertambah tegang dan anjal serta merangsang pembentukan kolagen yang baru. Akhirnya kulit yang anjal, tegang dan halus akan
terhasil selain wajah tampak lebih muda.

Pigmentasi
CARA MUDAH:
Rawat masalah pigmentasi dengan krim hydroquinon dengan kadar kurang dari empat peratus atau whitening agent yang lain. Penggunaan hydroquinon perlu dibantu dengan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA agar rawatan menggunakan hydroquinon ini menjadi lebih berkesan.


CARA MODEN:
Laser Q-Switch yang mampu menembusi hingga ke bahagian dermis kulit dan memecahkan sel-sel pigmen  yang ada di dalamnya.

Peringatan:
Pigmentasi merupakan masalah yang sukar untuk diatasi. Kadang-kadang satu rawatan sahaja tidak mampu mengatasi masalah pigmentasi dan ia perlu digabungkan dengan rawatan tertentu.

Pori-Pori Besar
CARA MUDAH:
Produk homecare. Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

Mikrodermabrasi
Rawatan ini membantu proses penyingkiran kulit mati sekaligus meratakan kontur kulit dan perlahan-lahan pori-pori pada wajah akan pudar. Rawatan ini perlu diulang sekurang-kurangnya sebulan sekali hingga mendapat hasil yang maksimum.


Penyebab:
Otot di sekitar pori-pori kehilangan fungsi jaringan. Masalah ini berlaku disebabkan kebiasaan anda yang suka memicit jerawat atau terlalu kerap mencuci wajah dengan air panas/suam. Selain itu faktor genetik seperti kulit berminyak juga menyebabkan masalah ini berlaku.


CARA MODEN:
Fractional CO2 mampu merangsang neokolagenisasi sehingga kulit lebih tegang, anjal dan pori-pori juga lebih mengecil.


Dagu Berlapis/Chubby
Penyebab:
Ada banyak penyebab yang berbeza sehingga wajah kelihatan tembam. Antara penyebabnya ialah lemak di bahagian pipi, otot yang kendur, stres, kurang rehat  dan genetik.

CARA MUDAH:
Facial Massage ialah facial yang dilakukan dengan urutan pada wajah yang bertujuan membantu meningkatkan metabolisme kulit dan perjalanan darah. Hasilnya selain wajah  menjadi lebih tirus ia juga mampu meningkatkan kualiti kulit wajah.

CARA MODEN: 
Suntikan botox dan radio frequency adalah rawatan moden yang boleh mengatasi masalah wajah chubby. Suntikan botox dilakukan pada tiga titik di sekitar tulang rahang untuk memberikan kesan tirus pada wajah manakala kesan panas yang dihasilkan daripada rawatan radio frequency dapat menghilangkan lebihan
lemak yang ada di bahagian pipi dan mengembalikan keanjalan kulit.


Lingkaran Gelap Bawah Mata
Penyebab:
Timbunan lemak di bahagian bawah mata yang menyebabkan rongga mata (septum) menjadi lemah sehingga menyebabkan septum bahagian lapisan atas lemak menurun.

CARA MUDAH:
Sapukan krim mata atau serum mata untuk meningkatkan kadar elastik kulit di bahagian bawah mata. Sapukan krim dan serum ini pada waktu pagi dan malam dengan gerakan urutan di sekitar kelopak mata bagi melancarkan perjalanan aliran darah di bahagian tersebut.

CARA MODEN:
Radio Frequency
Merangsang penghasilan kolagen melalui haba panas yang dihasilkan. 

Fractional CO2
Prinsip rawatan ini ialah menghilangkan lebihan kulit pada kantung mata dan iritasi yang terjadi akan merangsang pembaharuan kolagen sehingga kulit menjadi lebih tegang. Walau bagaimana pun lemak di dalam lapisan kulit akan tetap ada.

Blepharoplasty
Rawatan ini menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan laser CO2. Laser CO2 digunakan sebagai alat pemotong jaringan lalu lemak yang  berlebihan dikeluarkan untuk menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Siatan dilakukan dari dalam dan kesannya tiada sebarang luka di bahagian kulit (luar). Dengan laser CO2, pendarahan yang terjadi pun hanya sedikit, kesan lebam dan bengkak juga dapat diminimumkan.

Peringatan:
Untuk rawatan pasca terapi adalah disarankan untuk meletakkan ais pada mata, menekan kelopak mata dengan jari apabila terjadinya pendarahan, makan antibiotik untuk mencegah sebarang jangkitan selain ubat tahan sakit. Meski pun rawatan ini disahkan selamat namun dinasihatkan agar anda mendapatkan
konsultansi dengan doktor pakar kulit.

Terpulanglah kepada anda untuk melakukan rawatan yang sesuai. Semuanya terletak di tangan anda. Namun jangan terlalu ghairah untuk melakukan sesuatu rawatan. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. RAPI mengharapkan dalam pada anda ingin cantik, keselamatan diri usah diabaikan.
Sumber

16 comments :

Ifan Qomarudin said...

.: visiting here with smile, nice greetings...^_^ http://moeslimmart.blogspot.com/

Nurulhidayah said...

Thanks Ifan.. Appreciate your comment :)

Alfiansyah said...

Banyak artikel about kolagen nih,,

sepertinya sangat bermanfaat..

Thanks infonya ^^

Nurulhidayah said...

Ya benar sekali... Kolagen salah satu ciptaan Allah yg sgt menakjubkan, silakan membaca kalau ada free ya :)

Alfiansyah said...

Iya, kalau untuk pria apa ya manfaatnya?

Nurulhidayah said...

ya samalah dengan wanita, untuk kulit yg mulus juga kesihatan yg ngetop ^_^

Alfiansyah said...

Hehee.. good
Btw, Cik Nurul orang Malaysia bukan?
Coz kadang aku kurang mengerti bahasa Malaysia..

Nurulhidayah said...

Betul sekali.. Nurul orang Malaysia, kalau yang bahasa Indonesianya simple2 mcm entri Wahyu, insya'allah, Nurul faham.. kalau Bahasa Indonesia yang dalam2..aduhh.. pusing~! apa2 pun, trimas ya, walau kurang mengerti mau mampir ke blog Nurul :D

Alfiansyah said...

Samalah Cik Nurul, kalau bahasa Malaysia yang dalam2 aku juga kurang tahu..
tak apalah saya juga mau belajar ^^

Btw, Segmen blog itu apa Cik?
teros awak itu artinya kamu atau saya?

Nurulhidayah said...

Ingin belajar tu satu sikap yang terpuji :) bagus belajar banyak bahasa.. manatau, satu hari nanti bole digunapakaikan?

Segmen blog tu maksudnya salah satu bahagian dari sesuatu yang dapat dibahagi, dalam bahasa englishnya "Segment".

Awak pula maksudnya Kamu, biasanya Awak digunakan dalam perbualan bersama kawan2, tidak sopan digunakan semasa berbicara dengan orangtua atau pihak atasan(majikan).

Harap penerangan Nurul jelas ya :) kalau kurang faham.. bole tanya lagi :D

Alfiansyah said...

Boleh-boleh terima kasih Cik Nurul..

Pahamlah about awak ^^, tapi segmen blog saya masih kurang tahu..
Coz blogger Malaysia buat segmen blog banyak2, tiap bulan pula..

Nurulhidayah said...

haha.. sekarang Nurul pula yang jadi pusing, bole bagi contoh segmen blog yang Wahyu maksudkan?

Alfiansyah said...

Ok, Cik Nurul cuba lihat kat sini:
http://buasirotak.blogspot.com/2012/12/segmen-terjah-blog-awekz-19.html

Nurulhidayah said...

mcm mana nak terangkan ea? urmm... Satu kelemahan Nurul ni tak bagus dalam menerangkan sesuatu :(, Actually, ia sama dgn apa yang Nurul terangkan sebelum ini, Tajuk besar segmen tu ialah "segmen terjah blog awekz" dan apa yang Wahyu nampak banyak2 tu adalah pecahan dari tajuk besar, sebab tu blogger tersebut menandakan #1, #2, #3 etc.. Nurul harap Wahyu x bertambah pusing hehe..

Alfiansyah said...

hehe.. pusing kanan pusing kiri..
tak apalah Cik Nurul, makasih ye...

kapan-kapan bolehlah Cik Nurul Post tak cuma Kolagen.. supaye banyak yang berkunjung..

Macam blog saya, banyak post about Islam tapi juga tambah yang lain.. Macam Give away kat atas^^

Nurulhidayah said...

Sedey tak bisa memahamkan Wahyu.. sori ya :(
takde bakat jadi cikgu nampaknya Nurul ni hehe..

Nanti Nurul fikir2kan cadangan Wahyu, Nurul tak tau macam mana nak mulakan..

Thanks atas cadangan dan support^^