Wednesday 27 February 2013

Kulit kekal muda jika jaga pada awal usia


Arkib Berita Harian , Ruangan Famili~Rawat Wajah 04/07/2011
Oleh Shaidah Shafie
Kemulusan wajah yang boleh dikekalkan dengan keinginan dan usaha
MASA terbaik memulakan perawatan wajah seperti pupur adalah ketika kita memasuki gerbang usia 40 tahun kerana kulit wajah dikatakan mula kelihatan kusam lantaran bahan pelembap dalam lapisan kulit, iaitu kolagen sudah mula berkurangan.
Kolagen adalah bahan anjal dalam kulit yang menyebabkan kulit sentiasa kelihatan lembap, tapi ia akan mula berkurangan apabila usia mula meningkat ke penghujung 20-an, sekali gus menjadi penyebab kepada kulit hilang keanjalan dan kering.

Kolagen adalah sejenis protein yang boleh ditemui dalam tulang, gigi dan otot, berfungsi menyokong kegiatan sel kulit. Satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Sehubungan itu, pupur dikatakan dapat mengembalikan kelembapan kulit selain pengambilan kolagen bertujuan menggantikan kolagen yang sudah hilang, kini menjadi kegemaran kebanyakan wanita yang mementingkan kecantikan.

Saintis Shiseido, Chikako Matsumoto, berkata syarat untuk cantik tidak hanya tertakluk kepada kehendak diri untuk cantik semata-mata, tapi sejauh mana anda memahami kulit wajah, menyumbang kepada pemilikan kulit yang cantik.

“Penggunaan pupur atau topeng muka misalnya sangat baik untuk membantu mengekalkan bentuk asal wajah selain menegangkan kulit anda.
“Bagaimanapun, anda perlu mengenalpasti apakah bahan yang ada dalam pupur yang digunakan sama ada ia sesuai untuk membantu perawatan wajah anda atau tidak,” katanya pada sesi pengenalan Shiseido Revital, di Bangsar, baru-baru ini.

Matsumoto berkata, pupur paling baik untuk wajah adalah pupur yang boleh membantu menambahkan kolagen dalam lapisan kulit kerana apabila kolagen bertambah, kulit akan kelihatan kembali lembap dan cantik.

“Pupur boleh mula digunakan apabila usia anda mula menjengah 40, namun bergantung juga kepada keadaan kulit wajah kerana jika pada usia 40, kulit wajah masih mempunyai kelembapan asli, anda tidak perlu kerap menggunakan pupur.

“Jika kulit terlalu kering, ia menandakan kolagen dalam lapisan kulit sudah mula berkurangan dan anda perlu membantu menambahkan kelembapan dengan menggunakan pupur sebagai bahan bantu. Mungkin boleh menggunakan pupur dua kali atau tiga kali seminggu,” katanya.

Matsumoto yang amat prihatin mengenai penjagaan kulit, berkata pupur boleh dipakai pada bila-bila masa saja pada waktu malam, iaitu ketika anda sudah pasti tidak akan keluar daripada kediaman.

“Lazimnya kita mengenakan pupur pada wajah sejurus sebelum tidur. Memang betul kerana ketika kita tidur, bahan dalam pupur yang meresap ke dalam kulit bekerja untuk memperbaiki lapisan sel kulit yang sudah mula rosak atau kurang.

“Sama ada satu atau setengah jam sebelum tidur, ia tidak menjadi masalah, sebaliknya pastikan pupur yang digunakan mengandungi bahan yang boleh merangsang kolagen dalam lapisan kulit anda,” katanya.

Beliau berkata, ramai wanita mempunyai salah tanggapan terhadap pengambilan kolagen apabila bercakap mengenai penjagaan kecantikan dan mereka menganggap dengan mengambil kolagen dalam bentuk minuman serta kolagen dalam kulit akan bertambah.

“Ia bukan seperti yang anda faham dan pengambilan kolagen itu merujuk kepada bahan tambahan yang boleh merangsang kepada penambahan kolagen dalam kulit. Penggunaan pupur Revital misalnya, ia dihasilkan daripada bahan khusus diadun dengan ekstrak cassumunar G, kompleks kolagen dan revitalizer SC untuk memperbaiki kulit dari dalam. Secara tidak langsung, pupur ini membantu memperbaiki kekurangan kolagen dalam lapisan kulit anda,” katanya.

Apabila dikenakan pada wajah, serum dalam pupur meresap ke dalam kulit. Ia boleh dikenakan pada wajah selama 15 hingga 20 minit bagi memastikan ia meresap dan memperbaiki sel dalam kulit, seterusnya merangsang pertumbuhan kolagen.

“Pupur Revital ini adalah dua helaian pupur yang dikenakan pada wajah anda. Helaian pupur pertama, kenakan pada bahagian atas wajah manakala helaian kedua, kenakan pada bahagian bawah wajah.

“Pastikan anda mengenakan dengan betul bagi memastikan ia berfungsi pada wajah dengan menegangkan kulit dan bermula dari bawah dagu ditarik ke bahagian atas wajah,” katanya.

Selain menumpukan penjagaan kulit wajah dengan pupur, Matsumoto mempunyai garis panduan kecantikan peribadi yang diikuti bagi memastikan beliau sentiasa bersedia (dalam konteks kecantikan) untuk berhadapan dengan tugas harian.

“Pastikan anda mempunyai cermin muka kecil di meja kerja supaya sentiasa boleh memantau sebarang cela pada wajah dan jika ada cermin di hadapan, anda juga boleh pastikan wajah tampak sempurna.

“Bagi penampilan lain, pastikan kasut yang dipakai mempunyai tumit yang agak tinggi supaya tampak lebih berkeyakinan. Saya sendiri gemar mengenakan kasut bertumit ketika berada di tempat kerja,” katanya.
Sumber

**Dapatkan lebih info tentang kebaikan,  kelebihan dan bahan2 sekeliling yang boleh digunakan untuk menggunakan Pupur Muka disini

4 comments :

Hana said...

pupur tu mask muka ka?

Nurulhidayah said...

A'a Hana.. dapatkan info lebih di page pupur Muka/Masker, Ade artikel pasal Pupur Muka kat situ :D

Unknown said...

Wah, dapat pengetahuan baru nih saya,
trimakasih atas postingannya sist :)

Nurulhidayah said...

Sama-samakasih Yayu :D