© Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto AZLAN HADI ABU BAKAR
MALAM itu, ibu jari kaki kanan Zaleha Musa, 62, terasa sakit, berdenyut-denyut dan membengkak. Dalam keadaan panik, dia segera bangun dan meminta bantuan anaknya.
Lebih malang, seluruh tubuh badannya tidak dapat bergerak. Tanpa membuang masa anak-anaknya segera membawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Zaleha diberi suntikan untuk memberi kelegaan sakit yang dialaminya.
"Doktor memberitahu saya paras asid urik naik secara mendadak dan saya telah diserang gout. Sebenarnya, saya sudah nampak perubahan ibu jari kaki yang kemerah-merahan tetapi saya tidak mempedulikan perubahan itu. Sehinggalah malam itu saya berasa amat sakit seperti dicucuk benda tajam," katanya menceritakan detik cemas serangan gout setahun yang lalu.
Zaleha kemudian mendapatkan rawatan susulan di hospital dan sejak itu kehidupannya berubah.
"Selepas bersara, saya menjaga tiga orang cucu. Alhamdulillah waktu itu, saya dianugerahkan kesihatan yang baik. Sejak saya diserang gout, pergerakan saya agak terbatas. Saya tidak boleh memandu kereta seperti dulu," ujar nenek kepada 13 cucu ini.
Diet seimbangJelas pesara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini, selain mendapatkan rawatan doktor, dia disarankan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout seperti hidupanlaut.
"Mana mungkin," jawabnya selepas mendengar nasihat tersebut daripada doktor.
Menurut Zaleha, dia memang gemarkan makanan laut seperti ketam. Dia turut bersedih kerana doktor meminta dia tidak makan ikan laut sebaliknya memilih ikan sungai.
"Ya, saya faham hidupan laut mengandungi asid urik yang tinggi. Masalahnya, saya tidak boleh memakan ikan sungai. Saya rasa selera saya sangat terbatas. Mana tidaknya, dulu saya tidak berpantang langsung. Sekarang saya kena kawal apa yang saya makan," ujarnya.
Selain itu, Zaleha diminta oleh doktor berpantang makanan berasaskan kacang dan daging merah.
Walaupun jauh di sudut hati, dia sukar mengawal nafsu makan, Zaleha akur dengan peraturan doktor. Setiap hari, dia mendisiplinkan diri menikmati lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sehinggalah satu hari dia diperkenalkan dengan suplemen kolagen asli.
Pada awalnya, timbul keraguan di hati Zaleha kerana selama ini dia tidak pernah mencuba sebarang suplemen.
"Saya seorang yang tidak mudah percaya pada sesuatu produk. Sebelum mencuba suplemen kolagen ini, saya mengkaji dan kebetulan saya terbaca sebuah artikel tentang keperluan kolagen untuk wanita berusia 40-an.
Kita juga diminta memilih kolagen tulen sekurang-kurangnya 10000 miligram sehari. Pada bulan pertama, saya hanya meminum kolagen ini satu gelas sehari. Dalam masa yang sama, saya tidak mengabaikan aspek kesihatan lain termasuk membuat pemeriksaan di hospital dan mengawal pemakanan," ujarnya yang kini mengamalkan pemakanan suplemen Pure Collagen.
Ujar Zaleha, pengambilan kolagen ini turut membantu dia mendapat kulit wajah yang lebih bersih dan menyeimbangkan warna kulit.
"Semuanya dengan izin Allah, kini saya boleh memandu kereta sendiri dan bermain dengan cucu-cucu tanpa kepenatan lagi.
"Bagi pesakit gout di luar sana, jangan cepat berputus asa. Saya percaya, dengan bantuan Allah dan sokongan keluarga, setiap sakit itu ada rawatannya," ujarnya.
Sumber
No comments :
Post a Comment