Tuesday 29 April 2014

Bagaimana membuat Jeruk mangga yang rangup dan sedap?

Meh sini... meh.. kita gebang pasal rahsia turun temurun bagaimana membuat jeruk mangga yang krup..krap..krup..krappp.. rangup walaupun dah direndam dan terjeruk lamaaa.. cewahh.. rahsia la sangat kannn?? ehee.. Tak semestinya mangga, selalu juga Nurul buat jeruk kedondong pun sama rangup juga... 

Bagaimana membuat Jeruk mangga yang rangup dan sedap?

1. Buah yang hendak dijeruk (Mangga/Kedondong) bersihkan dan buang kulit, hiris macam pic, kalau kedondong biasanya biarkan sebiji-sebiji je.

2. Pernah nampak tak benda ni? kat kedai runcit ada jual. Inilah Kapur yang dimakan dengan sirih tu.. jangan pandang sebelah mataaaa^^.. Hang Tuah makan tau benda ni.. hehe.. Buat larutan kapur dengan air, air cukup menutupi buah je.. kalau 1kg mangga dalam 1sudu makan penuh kapur. Tak yah banyak sangat. cukuplah air tu nampak keruh dengan kapur sirih tu. 

Buah mangga yang sudah dibuang kulit dan dihiris masukkan dalam larutan tu, sambil teruslah buat yang sama pada semua buah yang hendak dijeruk. Info tambahan: Kapur bole buh dalam bancuhan tepung untuk goreng pisang/keledek/etc.. juga dengan tujuan sama.. tapi awas, jangan terlebih letak ye.. haha.. berbuih minyak nanti.. eheehe.. urmm.. 1kg tepung beras boleh la letak satu sudu teh kapur... kena try and error la ea :)

3. Biarkan buah tadi berendam happily dalam larutan tu dalam 30minit~1jam. Selepas tu, buang air kapur tu dan bersihkan dengan sebersih-bersihnya dari larutan kapur. Pastuh, toskan kejap. Masukkan dalam mangkuk yang bersesuaian untuk dimandikan dengan gula dan sedikit garam. 

4. Untuk 1kg mangga Nurul guna setengah kilo gula(Biar lebih jangan kurang ea..), 1sudu makan garam(bukan 1senduk tauuu..). Gaul sebati. Masukkan dalam balang. Kalau buat sedikit jeruk boleh la buat macam ni. tapi kena simpan dalam peti sejuk. Kalau nak buat jeruk dalam kuantiti yang banyak dan amik masa lama untuk menghabiskan, Nurul cadangkan buat air gula. Gula tadi campur dengan air dan masak sampai air jadi pekat. Tunggu betul-betul sejuk, masukkan hirisan mangga/buah kedondong.  Simpan dalam balang. 

Biarkan sehari dalam suhu bilik. Esoknya dah menjadilah jeruk tu.. bole makan dan balance masuk dalam peti sejuk.. lagi sedap makan sejuk2.. :D


Selamat mencuba^^



No comments :