Pandan City, Johor Bahru |
Wahh! rupanya ada 'permainan' baru diletakkan disitu... Hadiah yang ditawarkan begitu menggiurkan.. emas 916 (cincin, loket, subang) Handphone Note3, Jam berjenama. Nampak tak begitu pandainya peniaga memanipulatifkan keinginan prospek?
Ada dua mesin diletak saling membelakang, dua2nye penuh orang.. nak tunggu clear utk amik pic mesin tu, jenuh la jugak.. pic yg dpt ni pun yang ke150juta kali kot tangkap eheee.. begitulah dasatnye penangan mesin ni!
Nurul sempat berbual dengan seorang abang yang turut berada disitu, bual punya bual, rupanya abang ni kira macam penguatkuasa Pandan city tersebut, dia dah observed mesin tu dalam 2minggu , sebelumnya, mesin warna biru diletakkan disitu, agak ramai juga yang berjaya, dalam masa dua minggu, digantikan dengan mesin baru ni, dah hampir sebulan lebih tapi belum ada yang berjaya lagi... mungkin mesin yang pertama digunakan untuk menarik lebih ramai pelanggan... taktik berniaga.. lagi abang tu kata, lesen untuk mesin tersebut akan tamat hujung bulan ni(Mar 2014), Lesen yang diberi renew 2bulan sekali dan dia tidak akan melanjutkan lesen tersebut sebab dah macam kes tipu.. kesian kat orang ramai..
Nurul melihat, menilik sampai tertunduk2, terteleng2 pada pergerakan 'tangan penunjal' yang akan berhenti bila pemain press button stop dan lepas tu menolak hadiah tersebut jatuh, kalau kena kat lubang bulat lebih kurang 1" je besarnya.. Nurul perasan, setiapkali pemain menekan Stop, 'tangan penunjal' tersebut akan bergerak sedikit keatas atau kebawah, urmmm.... ini macam kalu, apa macam mau kena?
Giant Tampoi, Johor Bahru |
Nurul rasa2 company yang sama kottt sebab hadiahnya pun lebih kurang sama je, belum ada orang yang mencuba, awal lagi, baru 9.30am.
Kalau perasan, kat kedai runcit pun ada mesin2 yang seumpama ini jugakan? masuk 20sen atau 50sen, keluarlah plastik bulat, kopakkan tengah... ehh.. buku katun besar ibujari, cincin plastik, kalau nasib baik dapatlah gula-gula sebiji.. huhu
Dalam keghairahan mencuba nasib, apalagi dengan tawaran hadiah yang begitu menitikkan air-liur.. adakalanya kita terleka yang kita sebenarnya sedang berjudi...
Maksud Judi menurut Wikipedia :
Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.
Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil: Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.
Maksud judi (Sumber : Pertaruhan dalam permainan adalah judi):
Mempetaruhkan wang atau seumpama dengannya bagi sesuatu permainan seperti permainan bola sepak, golf, badminton dan sebagainya. Judi juga merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam, kerana ia mempunyai pertaruhan, harapan dan hilang wang pertaruhan apabila perlawanan itu dimenangi oleh orang lain.
(Al-Maidah : 90)
No comments :
Post a Comment