Air tebu gelas besar 2!! |
Warung ni sebenarnya dekat sangat dengan ofc, orang dulu2 kata sepelaung aje, tapi orang kini2 kata, tak habis sebatang rokok ponn.. nampak tak perbezaan kat situ? tapi nak jalan kaki memang tak bole la.. nak2 plak dengan tumit 4" ni kann.. memang cari nahas la jawabnye.. adesss..
Lokasi warung ni di Taman Senai Jaya, sesiapa yang melalui jalan Senai-Seelong pasti akan melepasi warung ni.. Nurul namakan warung 3 in 1 sebab ada 3 je warung kat tempat ni.
Warung ni cuma beroperasi during lunch hour dan sebelum Maghrib dah tutup. Memang sentiasa ramai orang, kalau nak cari meja yang nak untuk kita-kita je, harap maaf.. kebiasaannya terpaksa kena berkongsi meja.. meja je pun kongsi, makanannye takkkk..
Semalam Nurul pegi berdua dengan member, dah terbayang-bayang air tebu gelas besar dengan nasi ayam wak yang sedap tu.. Nasi ayam dengan Air tebu gelas besar MYR6.50 je.. Nurul rasa masih murah lagi.. berbaloi dengan servis, rasa dan peralatan yang digunakan. Tempat pun bersih walau agak panas la.. open air kan.
Makan punya makan.. eehh.. tak terasa dah abis, rasa cam nak tambah jeee.. segan le plak.. kata wanita melayu terakhir..hihi
SEBELUM |
SELEPAS |
Warung Wak yang menjual nasi ayam ni yang 1st jumpa, warung bahagian tengah terkenal dengan Mee Soto Cendawan, dengan goreng2an seperti goreng pisang, cendawan goreng, keropok lekor goreng dan yang last sekali, warung Wak Lan juga menjual nasi ayam tapi banyak varieties, Ada Nasi Ayam Spicy, Nasi Ayam Hainan, Nasi Ayam Blackpepper, Nasi Ayam Madu, dan yang paling Nurul fevret kat sini, air limau sebab guna lemon.. Nurul sukaaa!! Pic kat atas tu menjadi bukti Nasi Ayam tu memang la sedap.. licin tuuu.. :D :D
No comments :
Post a Comment