Assalamu'alaikum...
Dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari membuat pilihan. Sedar atau tak sedar, setiap masa, setiap detik, kita dihadapkan dengan pilihan.. Hidup adalah proses membuat pilihan.. dan aku bersetuju dengan kata-kata itu. Terjaga tidur diawal pagi, kita kena memilih bangun atau tidur lagi, nak mandi ke? berus gigi atau terus minum kopi.. urmm.. kopi or teh? dan begitulah seterusnya...
Itu pilihan yang biasa-biasa je, bagaimana pula kalau dengan pilihan luarbiasa? antara hidup dan mati? Memilih untuk melepaskan seseorang yang sangat dekat dihati juga umpama memilih hidup atau mati.. hilang dia lumpuhlah kehidupan, hilanglah semangat, seolah nafas terhenti, yang nampak cuma kelam..
Kadang kita cuba lari dari membuat pilihan yang seperti ini, terus mengalah, bertahan dan positif, suatu hari ia akan berakhir dengan baik2 saja walaupun dipenghujungnya kita dah tau, tetap derita... layakkah itu disebut pengorbanan? atau cuma kebodohan?
Mungkin juga ia boleh dinamakan ego, atau degil? entahlah.. ada soalan yang memang tidak ada jawaban atau tepatnya tak perlu jawapan kerana jawapan itu sebenarnya sudahpun ada, sangat terang didepan mata namun sesuatu menolak untuk menerima jawapan itu.
Mungkin lebih baik begitu.
No comments :
Post a Comment