Thursday 5 March 2015

Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamu'alaikum...


Semalam kita jenjalan melihat hasilan laut di Tamu Tuaran, hari ni kita jenjalan Tamu Tamparuli pula. Tamu ni diadakan pada tiap pagi Rabu, Ada antara peniaga sudah pun bersedia pada petang Selasa kerana kepayahan untuk mendapatkan pengangkutan pada awal pagi Rabu, pekebun ini memasarkan hasil titik peluh mereka sendiri, Mereka datang dari kampung-kampung terpencil, dari daerah lain, juga kawasan sekitar, harga yang mereka tawarkan memang murah,

Nurul rasa agak terkilan dan sedih bila mendengar masih ada pembeli yang menawar harga.. cian tau dorang datang dari jauh, penat memikut beban nak bawa jual kat sini..huhuu..


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Kelihatan berjenis-jenis hasil kebun tapi dalam kuantiti yang sedikit

Hasil kebun yang dipasarkan berjenis-jenis tapi dalam kuantiti yang sedikit, kerana mereka ini bukanlah pekebun sepenuh masa tapi menggunakan masa yang ada selepas menoreh getah atau bertanam padi bila tiba musimnya. Salah satu alternatif lain untuk membantu ekonomi keluarga. Ada juga hasil dari hutan, Lemiding yang berwarna merah, tegak berdiri dalam balutan daun pisang, orang semenanjung panggil Pucuk Midin.  


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Beberapa jenis beras Bukit

Antara jenis beras bukit.. urmm.. minta maaf la ye.. Nurul tak tau pulak nama beras-beras ni.. tapi beras-beras ni wangi sangat, family Nurul biasanya membeli beras ni dan dicampurkan dengan beras packet 10 atau 5kg tu. Beras bukit mereka proses sendiri, ditumbuk dalam lesung besar, ditampi dan dijual, tapi ada juga yang hantar ke kilang untuk diproses membuang kulit padi tu.


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Comel je nampak jenis2 jualan ni kann :))

Kelihatan diatas tu Gorouk (Labu kundur), Magalad (Kacang Botol), Sangop (timun).. Kodop (cendawan kukur/sisir) comelkan nama-nama sayur tu dalam bahasa ibunda Nurul? hahaa.. belajar sikit-sikit bahasa dusun.. ok kan? :) Rebung ada, bunga matahari ada, macam-macam ada...


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Buah apa agaknya? ce teka...

Sape tau buah apa yang bulat-bulat warna coklat dan yang bujur warna hijau ni? hehee.. ok2.. tau rupenye.. hihii.. yang coklat tu buah bambangan.. sedap tau buat Jeruk ni.. nanti dalam entry lain, Nurul kongsikan lebih detail ye.. yang bujur tu pula buah Belunu, orang di semenanjung panggil buah Binjai kan? buah bambangan Nurul tak pernah lagi nampak selama Nurul duk semenanjung ni.. Orang sini pun tak tau Bambangan tu ape melainkan mereka yang pernah ke Sabah.


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Ada tak yang tak kenal buah kecik-kecik bulat kuning hijau tu?

Perasan tak.. cara berniaga mereka sangat simple kan? scroll atas balik nampak.. hahhaaa.. ada antara mereka ni datang jauhhhhh dari kawasan pedalaman dan terpaksa datang petang Selasa dan bermalam disini, sebab ketiadaan atau susah mendapatkan kenderaan awal2 pagi untuk berniaga disini. Tamu ni kalau kita datang dalam pukul 10 pagi dan hampir lengang dan kebanyakan peniaga-peniaga bukan lagi pekebun tu tapi sudah dipajak dan dijual balik dengan harga yang lebih mahal.


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah
Jambatan Gantung Tamparuli (Tamparulis Suspension Bridge)

Kelihatan besar dan teguhkan? Takkan tak berani naik :)).. cuma ye la.. dah namanya bergantung so mestilah ia terbuai-buai apalagi bila kita sampai ditengah-tengah jambatan tu.. best! :D


Gambar-gambar di sekitar Tamu Tamparuli, Sabah

Kelihatan nun disana tu, kawasan lapang yang ada pondok-pondok berbumbung biru.. disitulah sebahagian dari Tamu Tamparuli, selebihnya lagi dikawasan pasar.. memang happening dan terkenal Tamu Tamparuli ni.. kalau nak merasa suasana tu, kenalah pegi awal pagi ye :)) 


No comments :