Bergerak menyusuri jalanraya menuju ke daerah Kudat, Nurul mengikuti adik untuk menghantar set tagungnya(Set Gong) untuk diservis, menurutnya, bunyi sudah 'lari' tune.. baru Nurul tau, rupanye, gong ni pun kena servis juga.. ramai yang nak sewa set gong ini untuk majlis kawin, di Sabah, khasnya Tamparuli, kurang meriah majlis perkahwinan tanpa paluan gong menyambut kedatangan pengantin lelaki atau perempuan.
Kg. Sumangkap ini terletak kira-kira 92 kilometres dari bandar Kota Kinabalu, dalam 2jam perjalanan.
Penduduk kampungnya kaum Rungus, salah satu cabang bangsa Kadazan.
|
We are here! |
Kelihatan lengang kampung ini, kami datang weekday, memang beginilah keadaannya, kalau weekend, public holiday atau school holiday memang meriah kampung ni, menerima kunjungan orang luar, tempatan atau luar negara.
Kelihatan deretan bengkel juga kedai menjual gong. Disini, kita boleh menyaksikan sendiri pembuatan gong oleh pembuat-pembuat gong yang mahir, kemahiran diwarisi turun temurun.
Jom layan pic... cakap banyak tak guna :p
|
Gong yang ditempah khas |
|
Gong yang juga ditempah khas
|
|
Bengkel gong
|
|
Bengkel gong |
|
Disinilah asal tagung dibeli dan disini jugalah servis akan dijalankan sebab pembuat asal lebih arif tentang kelebihan dan kelemahan tagong buatannya |
|
Sedang menguji bunyi gong selepas diservis |
|
Hadapan : Seni bina rumah yang unik penduduk tempatan sini |
|
Adik manis sapa nama? bagi interframe sini :D
Ini mercu tanda kg ini.. Giant Gong
|
Cenderahati yang boleh didapati disini |
|
|
Lagi cenderahati... Tip of Borneo berdekatan dengan Kg. ini, sudah dalam kawasan Kudat |
|
Yang belakang tu cenderahati, yang depan warna coklat tu
adalah set kulintangan, salah satu alat musik tradisi 7 sekawan |
No comments :
Post a Comment