Monday 4 March 2013

Kaki ayam bantu cegah reput tulang


New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kerabu Kaki ayam, dapatkan resipi disini
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. - Agensi


INFO: Kaki ayam
- Hydroxyapatite makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan
- Kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia
- Kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen

Sumber

Admin : Kaki ayam boleh dimasak dalam pelbagai resipi. Masak Kicap, Kari, dimasak Sup, dibuatkan kerabu dan macam2 lagi. Nak resipi? Minta ngan pakcik google je :D

2 comments :

Unknown said...

ala...xsuka kaki aym..huhu

psst~~akak xdpt komen blog bahrain???sy blh

Nurulhidayah said...

a'a.. mmg ramai gak yg x suke kaki ayam... geli katenye.. hehe

*Td akk try lagi komen, mmg tak bole la Didiey..huhu.... mule2 tulis komen, dah tu, tulis nama, then tulis email id.. last skali click kt submit comment tu.. takde response ape2.. duk senyappp jek..try reply under komen didiey tu pun same