Thursday 7 March 2013

Kulit muka berseri dengan Kolagen

MyMetro Oleh Hajahfarhana Tarmudi
Artikel ini disiarkan pada : 16/01/2013

PENGGUNAAN kolagen dalam rawatan kulit bermula sejak 1960-an. Ia mempunyai banyak kegunaan sama ada dalam keperluan bidang kosmetik, membantu memulihkan kulit melecur mahupun prosedur pembedahan.

Kolagen boleh diperoleh daripada spesies mamalia namun sumber kolagen daripada ikan dikatakan lebih stabil dan sesuai untuk kegunaan Manusia.

Membina sehingga 70 peratus lapisan bahagian dalam kulit, kolagen ialah protein yang akan mula berkurangan apabila mencecah usia 25 tahun.

Garis kedutan dan kulit mengendur antara kesan yang akan dihadapi apabila kolagen mula berkurangan. Untuk mengelakkan kesan buruk pada kulit, ia bole diperbaiki menerusi pengambilan makanan tambahan yang mengandungi Kolagen bagi membantu melambatjab tanda penuaan dari dalam.

Justeru, tidak mustahil makanan tambahan yang mengandungi kolagen itu begitu popular di pasaran Korea dan Jepun kerana mereka begitu mementingkan penampilan diri.


Pengurus Kanan Pemasaran Watsons Malaysia, Carolyn Teh berkata, minuman tambahan dari Jepun itu mengandungi 7,000 miligram kolagen ikan setiap satu botol.

"Kandungan vitamin C dan bahan penting lain seperti asid pre-hyaluronic dan L-citrulline ditambah untuk meningkatkan kebaikannya bagi membantu menggalakkan sintesis kolagen.

"Cuba lihat kesannya setiap malam sebelum tidur dalam tempoh tiga bulan berturut-turut seperti keanjalan kulit dan tahap kelembapannya.

"Jus anggur dan madu ditambah untuk memberi kesegaran dan mengurangkan rasa hanyir yang biasa ada pada minuman kolagen," katanya pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Diambil sekali sehari sebelum tidur, kandungan kolagen yang tinggi membantu melambatkan tanda penuaan, memberi lembapan yang seimbang dan menganjalkan kulit untuk tampak lebih muda.

Penulis blog, Audrey, sering menghadapi masalah untuk mengimbangi kualiti tidurnya membuatkan dia berasa malas untuk bangkit daripada tidur.

"Masalah sukar bangun tidur walaupun tempohnya cukup sembilan jam membuatkan saya berasa mengantuk dan mengambil keputusan menyambung tidur.

"Saya akan bangkit semula daripada tidur selepas satu jam. Berkaitan kulit, saya tidak mempunyai banyak masalah kerana ia masih kelihatan tegang dan muda.

"Sebelum ini, pakar kecantikan memberitahu saya mengenai keadaan kulit yang agak kering dan biasanya memerlukan pelembap selepas mandi bagi mengelakkan kegatalan dan kasar," katanya.

Dia juga mempunyai masalah dalam amalan meminum air kosong yang banyak setiap hari kerana menganggap ia akan menye­babkan dia mahu membuang air kecil lebih kerap. Ini sekali gus meng­ganggu perjalanannya terutama jika perlu berjalan jauh walaupun tahu ia sumber terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Namun, selepas mencuba minuman tambahan kolagen, Audrey banyak merasai perubahan terutama membabitkan masalah sukar bangun tidur dan kelembapan kulit yang lebih baik.
Sumber

No comments :