Monday, 11 March 2013

(Produk Sendayu Tinggi) Noor Hayati kongsi rahsia kekal muda

INTAN ROHAIZAT ZAKARIYA
30 November 2012

BUKAN mudah untuk memastikan produk tempatan terutama kecantikan diterima dengan meluas dengan persaingan dari jenama kosmetik antarabangsa yang terlebih dahulu menempa nama. Namun begitu syarikat Sendayu Tinggi (ST) melalui pengasasnya Rozita Ibrahim berjaya melakukannya.

Kejayaan inilah memberi cabaran hebat kepada anaknya, Noor Hayati Kamarzaman untuk meneruskan kecemerlangan ST. Wanita berusia 28 tahun ini mengakui bukan mudah untuk terus mengukuhkan jenama ST memandangkan persaingan begitu sengit.

“Tapi semua itu tidak menjadi halangan, persaingan sihat membuatkan kami di ST lebih berusaha keras menghasilkan produk berkualiti tinggi dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

“Sebagai generasi kedua yang diberi kepercayaan membantu menguruskan syarikat, saya perlu bijak membuat keputusan. Selain menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dengan ibu, saya juga sentiasa mengikuti perkembangan dunia kosmetik dan solekan agar ST tidak ketinggalan menghasilkan produk terkini,” ujar Noor Hayati atau Yati.

Ujarnya, bagi mengintai peluang bisnes dan juga memastikan St tidak ketinggalan dari segi teknologi dia sering keluar negara untuk melihat perkembangan di sana.

“Saya tidak mahu ST ketinggalan dari segi teknologi, Alhamdulillah sehingga kini syarikat kami antara perintis produk baru di Malaysia. Sebelum dipasarkan, saya bersama kakitangan menjadi testimoni produk baru. Saya akan memastikan kandungan produk selamat dan memberi kesan maksimum seperti yang diharapkan pengguna.

“Apabila saya sendiri menggunakan produk ini mudah bagi saya berkongsi pengalaman dengan pelanggan. Ketika turun padang bertemu pengguna, ramai yang mahu saya berkongsi rahsia penjagaan diri dan kesihatan.

“Maklumlah dulu badan saya gempal tapi selepas mengamalkan produk pelangsingan dan kesihatan ST, saya mendapat tubuh yang ideal. Mereka begitu teruja untuk mengetahui produk ST mana yang saya amalkan kerana mereka mahu mencubanya selepas melihat perubahan diri saya,”kata Yati yang mendapat sokongan padu daripada suaminya, Mohamad Zaidi, 34.

Dedah rahsia kekal muda

Bercerita mengenai produk terbaru, Yati mengatakan ST memasarkan suplemen kecantikan, Salmon Placenta Powder yang diformulasi daripada plasenta ikan Salmon, kolagen dan anggur. Produk ini juga kaya dengan nutrien Bio Aktif, asid amino dan antioksidan untuk meremajakan kembali wajah dan organ dalaman badan.

“Plasenta banyak digunakan dalam dunia kosmetik untuk mencantik dan memudakan wajah. ST menggunakan plasenta Salmon yang halal jadi pengguna tidak perlu ragu-ragu menggunakan produk ini.

“Produk ini melawan penuaan dan membina sel badan yang rosak. Penggunaan secara konsisten akan membuatkan wajah dan badan kembali muda. Kulit menjadi lebih cerah, lembap dan lembut.

“Selain itu, kami juga perkenalkan produk penjagaan wajah, Perfect Skin Treatment. Produk ini mengandungi stem sel epal dan emas 24K. Ia membantu membuatkan kulit wajah lebih mulus.

“Produk baru lain termasuklah Anti Stretch mark + Whittening Formula yang merupakan penyelesaian kepada masalah rekahan dan kehitaman pada bahagian tubuh badan yang berpunca daripada kenaikan berat badan dan perubahan hormon semasa remaja atau kehamilan.

“Produk ini amat sesuai digunakan sepanjang tempoh kehamilan bagi mengelakkan rekahan pada badan terutama perut. Ia juga disarankan kepada golongan yang mempunyai kulit sangat kering,”katanya yang turut menampil produk solekan terbaru, High Impact Signature Eye Shade, Moisture Sensation, High Definition Metallic Lipgloss dan Super Volume-Coating Mascara.

Mahu miliki francais di luar negara

Bagi menghargai pengguna setia, ST menjemput mereka menjadi ahli syarikat tersebut. Pendaftaran keahlian hanyalah RM 25 untuk sepanjang hayat. Mereka akan menikmati diskaun pembelian produk antara lima hingga 15 peratus.

“Lebih istimewa, ahli ST juga menikmati diskaun 60 peratus untuk barang terpilih. Bukan itu sahaja, setiap pembelian akan diberikan mata ganjaran. Mereka boleh menebus mata ganjaran dengan barangan yang digemari.

“Sistem ahli diperkenalkan pada tahun 2010, ketika itu bilangan ahli hanya 400 orang kini ia mencecah 50,000 orang. Sambutan hangat ini cukup membuatkan kami gembira dan terharu. Maklum balas ahli ST juga banyak membantu kami menghasilkan produk yang menepati citarasa pengguna,”ujar ibu kepada Noor Uzma Raisah, 4, dan Noor Aleya Baheerah, 2.

Bercerita mengenai perancangan masa depan, anak sulung daripada enam beradik ini mengatakan dia bersama ibu sentiasa berusaha keras memajukan bisnes. Mereka merancang untuk membuka lebih banyak cawangan ST agar produk ini dekat dengan pengguna.

“Kami sudah pun membuka cawangan di Batu Pahat, Johor, Temerloh, Pahang, Bangi, Selangor, Bukit Jambul, Pulau Pinang dan terbaru di Arau, Perlis.  Kami mensasarkan lebih 300 cawangan ST dibuka di seluruh Malaysia.

“Buat masa ini kami fokus kepada pasara tempatan dulu. Namun apabila pasaran semakin kukuh di dalam negara, sudah semestinya ST mahu melebarkan sayap ke luar negara. Kami berharap impian kami untuk memiliki francais di luar negara menjadi kenyataan. Kami mahu masyarakat antarabangsa mendapat manfaat produk berkualiti dari ST,”ungkap Yati penuh makna.

Jika tidak terlibat dengan urusan bisnes, anak kelahiran Selangor ini gemar bersantai di rumah bersama suami dan anak-anaknya. Baginya, walau sesibuk mana pun, keluarga tetap menjadi keutamaan.

“Suami dan anak-anak adalah anugerah yang paling istimewa dalam hidup saya. Pantang ada kelapangan, kami sekeluarga akan pergi bercuti untuk merehatkan minda dan tubuh. Saya juga gemar memasak makanan kegemaran keluarga. Puas apabila melihat mereka menikmati air tangan saya,” ujar Yati.
Sumber

2 comments :

Unknown said...

rasanya dulu ST ni pernah ada issue...

psst~~tggu tau.sy nk review blog akak plak pasni..hihi

Nurulhidayah said...

su produk pelangsing mengandungi sibutramine tu kn?.. lepas isu tu kuar, semua produk berkaitan ditarik-balik dan dibekukan..urmm.. harap2 dah setel kes tu

*Tulis yg elok2 je tau.. nnt akk nangis klu kutuk lebih2.. hak hak hak :p