Justeru, jenama biskut tempatan nombor satu di Malaysia, Munchy’s menggunakan khasiat kebaikan kolagen sebagai langkah penjagaan kesihatan.
Kolagen memberi banyak manfaat kepada kesihatan, daripada mencantikkan kulit, rambut dan kuku hingga membantu melegakan masalah berkaitan sendi.
Melalui pengenalan biskut Wheat Krunch Collagen, ia menjanjikan pilihan snek untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Empat pek biskut berkenaan mengandungi sejumlah 1,200 miligram kolagen. Selain itu, ia dihasilkan daripada tepung gandum terpilih, tidak digoreng tetapi dibakar dan mempunyai sekurang-kurangnya 80 peratus kandungan gandum serta tidak mengandungi pemanis atau pengawet tiruan.
Ia turut memudahkan seseorang yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja namun masih prihatin terhadap kesihatan diri.
Pengurus Besar Pemasaran Munch World Marketing Sdn Bhd, Edward Chen berkata, Wheat Krunch Collagen adalah snek yang ideal.
“Ia amat sesuai dan baik untuk mereka yang mahukan snek segera lagi menyenangkan untuk menghilangkan kelaparan tanpa berasa serba-salah.
“Lebih penting, selain khasiat pemakanan, biskut ini membekalkan khasiat kesihatan tambahan daripada kolagen,” katanya.
Mengenai khasiat kebaikan kolagen, pakar diet, Catherine Kong berkata, kolagen adalah komponen utama tisu penghubung, menjadikannya protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia.
“Apabila dimakan dalam jumlah yang secukupnya, kolagen memberi banyak kebaikan kepada badan dan ia juga dikatakan boleh mencantikkan kulit.
“Hasil penyelidikan membuktikan kolagen membaiki fungsi dermis dan epidermis kulit dengan meningkatkan keupayaan stratum korneum, lapisan kulit paling atas untuk menyerap air.
“Antara manfaat kolagen yang kurang diketahui ialah keupayaannya untuk membuat kita berasa kenyang menyebabkan kita mengurangkan pengambilan makanan, sekali gus membantu menurunkan berat badan,” ujarnya.
Tambahnya, pengguna negara ini patut mengamalkan pengambilan makanan snek yang sihat kerana apabila kita makan snek secara sederhana dan memilih snek sihat, ia membantu mengekalkan kadar metabolisme, menambah tenaga dan membekalkan vitamin serta zat galian penting dalam badan.
“Rasa kelaparan yang biasanya berlaku satu atau dua jam sebelum waktu makan boleh dikawal dengan pengambilan sedikit snek yang sihat supaya mengelakkan kita terlebih makan sebelum tiba waktu makan,” jelasnya.
Wheat Krunch Collagen boleh didapati dalam dua pek iaitu pek keluarga dan pek perkongsian. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.munchys.com.
Sumber
21 comments :
blogwalking gan..
jngan lupa folbacknya ya gan :)
SitusTopInfo
bagusnya...
Ha....makan biskut Kolagen takyah tunggu 25thn kan? hehehe
Thanks... folbacknya beres.. :D
Berkunjung sambil numpang numpang baca...sekalian follow follow balik jika berkenan
sneknya lezat sob,, cuma apa juga ada di indonesia ya
kolagen memang banyak manfaatnya untuk kecantikan dan kesehatan , bahkan sekarang banyak terdapat dalam makanan
Wah...perlu di coba snacknya klu bgni... tunngu kunjungan balikx ya http://www.fianetmu.com n kalau tdk keberatan follow back jg
Entrynya sgt terperinci.. Gud luck ya :)
Terimakasih sudi mampir.. sdh follow^^
Thanks atas ziarahnya.. udah folback :)
Terimakasih Yusup.. jgn lupa mencobanya ya:)
enak tapi menyehatkan..wah kalau ini saua juga mau mencobanya..di indonesia kira2 ada nggak ya..atau saya harus pesan dari admin blog super ini..,
salam hangat selalu dari Makassar - Indonesia :-)
klu sane takde, bole aje pesan dari sy, nanti sy tolong belikan^^.. Terimakasi sudah mampir^^
Hmmm, mampir Sist ^_^
....
selamat siang dan selamat beraktifitas :)
Salam Yayu..
Thanks ya.. sudi mampir..
semoga sihat dan bahagia selalu^^
wah munchy's pun dah ada produk berasaskan kolagen.. boleh beli nie. hehe.. aida pun dah hampir 5 bulan makan kolagen gred A tu.. Alhamdulillah ok setakat nie.
sama2 trimakasih ya :-)
betul Ayie.. strategy org berniaga :) okies.. nnt Nurul gi nengok.. Thanks^^
Alhamdulillah Aida.. jadikan amalan, bukan hanya untuk kecantikan malah kesihatan jugaaa :D
You are most welcome :)
Post a Comment